Taktik Futsal: Pro dan Kontra Bertahan Dengan Kawalan Zonal Atau Kawalan Individu

Pertahanan dalam futsal sangat penting. Setiap pasukan dan pemain perlu faham akan tugasan dan konsep ketika bertahan.

Futsal adalah cabang bola sepak. Sukan ini dimainkan dengan 5 pemain dalam gelanggang yang kecil. Jadi ramai memberikan pendapat berbeza tentang aspek pertahanan dalam futsal.

Ada yang menyatakan, kenapa perlu bermain kawalan zonal kalau tidak ada ofsaid? Ia adalah pendapat naif, kerana dalam bola sepak padang pun, bertahan dalam kawalan zonal bukan bererti untuk melakukan perangkap ofsaid semata-mata.

Banyak pasukan yang bermain ultra defensive berada dalam kawalan zonal yang sangat dalam.

Sebelum menjengah ke kawalan zonal dan kawalan individu, kita harus fokus kepada 2 aspek penting yang harus difahami pemain futsal ketika bertahan.

1. Liputan zon pertahanan (Defensive Coverage)

Kita menyebut bahasa mudahnya, kawasan yang perlu di’cover’. Ketika bertahan, pemain harus cuba sedaya upaya menyukarkan penyerang lawan dari segi ruang. Ruang yang besar akan memudahkan bola dialirkan dan digerakkan.

2. Koordinasi Pertahanan

Ia adalah aktiviti untuk saling berhubung di antara semua pemain. Biasanya kita sebut bertahan dalam unit.

Jadi pemain futsal harus sedia untuk turun naik secara berpasukan, tidak kisah anda sedang bermain dalam kawalan zonal ataupun kawalan individu.

Taktikal Bertahan

Di atas adalah aspek tenikal. Kali ini kita melihat 2 jenis taktikal bertahan di dalam futsal.

1. Kawalan Individu

Setiap pemain sudah ada tugas untuk mengawal pemain lawan secara individu. Jadi, dalam sistem ini, anda harus mengejar dan memberikan perhatian sepenuh masa kepada pemain yang ada telah tanda.

Pro

– Ia meningkatkan tanggungjawab peribadi
– Ia meningkatkan lagi ketajaman duel secara indiviu
– Ini adalah satu sistem yang mudah untuk dilaksanakan (rigid)
– Memberikan masalah kepada pemain lawan secara individu

Kontra

– Futsal adalah sukan fluid, pergerakan pertahanan yang ditarik keluar akan membuka ruang
– Kurang rasa kerjasama berpasukan dan kerap berlaku blaming game.
– menuntut stamina dan kecergasan fizikal yang sangat tinggi.
– Membuka lebih banyak ruang kepada pihak lawan

2. Kawalan Zonal

Ia adalah jenis pertahanan di mana setiap pemain menjaga zonal. Kami pernah terangkan dalam artikel sebelum ini. Setiap pemai bertanggungjawab ke atas zon masing-masing sama ada dalam sistem square,diamond dan lain lain.

Taktikal bertahan ini memerlukan pemain memiliki kecerdasan dan pemahaman formasi. Jadi, untuk kaki ponteng latihan dan perlawanan persahabatan, mereka mungkin akan sesat dalam sistem ini.

Pro

– Pemain yang sesuai berada di zonal yang sesuai.
– Sistem sokongan yang lebih baik dari segi formasi dan jarak.
– Membolehkan aktviti pressing dilakukan dengan lebih baik
– Sistematik, ketika seorang pergi melakukan closing down, pemain lain akan menutup ruang.
– Pihak lawan perlu lebih taktikal untuk memencahkan organisasi dan mencari ruang.
– Lebih rasa kerjasama dan tanggungjawab berpasukan

Kontra

– Kurang sesuai untuk pemain yang kurang komitmen
– Kurang tanggungjawab secara individu
– Ada pemain boleh bertahan dengan pasif dalam unit

Kesimpulan

Dalam futsal, mana-mana sistem ada kelebihannya. Namun biasanya, kita akan menentang pasukan yang ada pemain yang laju dan berskil, jadi taktikal kawalan pemain harus dikaji sebaiknya.

Buat masa ini, dalam perlawanan profesional hampir purata pasukan yang menggunakan sistem kawalan zonal untuk taktikal pertahanan dalam futsal boleh dikatakan hampir 90% atau 100% dalam sesuatu kejohanan.

Ada yang bertanya potensi untuk mengaplikasi sistem hibrid/ mixed. Ia bukan pilihan yang baik kerana cuma ada 4 outfield players di dalam gelanggang.

Tentukan satu sistem yang anda selesa dan pastikan anda berlatih dalam pasukan mengambil kira aspek kecegasan dan kecerdasan pemain di dalam pasukan anda.

Baca juga :Apa Yang Falsafah Bola Sepak Jurgen Klopp Boleh Ajar Kepada Pasukan Futsal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN