Pertahanan Barcelona Ini Dedah Punca Pernah Tolak Tawaran Sertai Juventus

Pemain pertahanan Barcelona, Clement Lenglet mendedahkan sebab utama beliau menolak tawaran Juventus pada satu ketika.

Sebelum Barcelona berjaya menandatangani Lenglet dari Sevilla pada Julai 2018, pertahanan Perancis berusia 23 tahun itu pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Turin.

Lenglet hampir memeterai penghijrahannya bersama Juventus ketika berusia 18 tahun sebelum melakukan ‘pusingan U’ dan menetapkan masa depannya bersama Barcelona dengan menandatangani kontrak sehingga Jun 2023.

Jordi Mestre, vicepresident of FC Barcelona, and Eric Abidal, technical director, during the presentation of Clement Lenglet as a new player of FC Barcelona, on 13th July, 2018, in Barcelona, Spain.
— (Photo by Urbanandsport/NurPhoto via Getty Images)

Bercakap kepada sebuah akhbar Sepanyol, Lenglet mengakui yang beliau telah ke Juventus bersama ayahnya bagi mengadakan perbincangan awal mengenai perpindahan tersebut.

Bagaimanapun disaat-saat akhir, beliau membuat keputusan untuk menolak tawaran dari Juventus dan kembali ke Nancy.

“Mereka menghubungi ayah saya untuk datang ke Turin,” kata Lenglet.

“Saya pergi ke Turin bersama [ayah]. Kami mengunjungi pusat latihan dan ke stadium untuk menyaksikan perlawanan menentang Empoli. Saya rasa itu semua terlalu besar buat saya. Saya baru berusia 18 tahun dan hanya bermain 10 perlawanan dengan Nancy sebelum ini.”

Menurut Lenglet, beliau tidak berani mengambil risiko menyertai Juventus kerana menyedari kelab itu sudah memiliki beberapa pemain hebat diposisi yang sama.

BARCELONA, SPAIN – APRIL 16: Clement Lenglet of FC Barcelona controls the ball during the UEFA Champions League Quarter Final second leg match between FC Barcelona and Manchester United at Camp Nou on April 16, 2019 in Barcelona, Spain. (Photo by TF-Images/Getty Images)

Dalam pada itu, beliau juga menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa tawaran gaji yang rendah menjadi punca beliau menolak tawaran Juventus.

“Mereka memiliki [Giorgio] Chiellini, Andrea [Barzagli] dan [Leonardo] Bonucci. Menyertai Juve pada waktu itu amat berisiko. Dari segi gaji, tawarannya bagus, tetapi itu berisiko untuk karier saya. Saya masih belum bersedia. Saya tidak akan mampu bersaing, oleh itu saya katakan tidak (sertai Juventus).”

Katanya lagi, “Itulah keputusan saya dan orang tua saya pun bersetuju. Saya mahu mengenali dunia Juventus terlebih dahulu, apa yang boleh ditawarkan kepada saya. Saya dengan mudah boleh menerima tawaran mereka, tetapi itu bukan masa yang sesuai. Jadi saya tidak menyesal.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN