Persija Siasat Dakwaan Gangguan Seksual Marko Simic Terhadap Penyanyi Dangdut Indonesia

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar
01:10
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pengurus Persija Jakarta, Ardhi Tjahjoko mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan dan isu yang menyelebungi pemain import pasukan tersebut, Marko Simic.

Bekas penyerang Melaka United dan Negeri Sembilan itu menjadi bualan hangat di kalangan netizen di Indonesia setelah dikatakan terbabit melakukan gangguan seksual terhadap penyanyi dangdut terkenal di negara berkenaan, Via Vallen.

“Saya belum mengetahui kisah sebenar. Saya akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu,” ujar Ardhi melalui satu panggilan oleh akhbar Tempo.

Pengurus pasukan tersebut turut berjanji akan menyoal siasat Simic secara peribadi mengenai perkara tersebut.

Isu mengenai Marko Simic dan Via Vallen mulai timbul apabila penyanyi dangdut tersebut berkongsi di laman sosial Instagram milikinya mengenai perbualan melalui mesej diantara dirinya dengan seorang pemain bola sepak terkemuka di Indonesia.

Dalam perbualan tersebut, pemain bola sepak berkenaan memohon agar Via Vallen menyanyi di hadapan beliau dengan memakai pakaian seksi.

Permintaan tersebut dianggap oleh Via Vallen sebagai tidak senonoh, dan penyanyi tersebut berasa berang dengan tindakan pemain bola sepak tersebut yang mengundang muat naik mengenai perbualan tersebut di laman sosial.

“Nggak kenal dan nggak pernah ketemu Tiba2 nge DM dan ngirim text gambar kayak gini,” tulis Via.

“As a singer, I was being humiliated by a famous football player in my country right now. I’am not a kind that girl. Dude!!!” kata Via dalam muat naik tersebut.

Walaupun Via tidak mendedahkan nama pemain tersebut secara terus, netizen dapat mengecam pemilik akaun tersebut sebagai milik Simic kerana gambar profil yang tidak disembunyikan sepenuhnya.

Di dalam waktu yang singkat, akaun Instagram milik Simic dibanjiri oleh kecaman di kalangan netizen khususnya peminat Via.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada Persija mengenai isu yang melanda ini.

Marko Simic turut belum mengeluarkan sebarang kenyataan, namun dilihat sudah mematikan bahagian komen di laman instagram milik beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN