Persib Bandung Pecat Mario Gomez Kerana Masalah Dalaman

Bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez kini kehilangan kerja selepas pengurusan Persib Bandung memutuskan untuk menamatkan kontraknya sebagai pengendali kelab tersebut.

Jurulatih yang berasal dari Argentina itu gagal mencapai sasaran untuk membawa kelab itu muncul juara Liga 1 Indonesia sebaliknya hanya mampu membawa pasukan Maung Bandung itu di kedudukan ke 4 musim ini.

Menurut laporan daripada CNN Indonesia, pemecatan Mario Gomez turut mempunyai kaitan dengan hubungan jurulatih itu dengan para pemain yang dilihat agak tegang baru-baru ini.

Pengarah Persib Bandung, Teddy Tjahjono mengesahkan pihaknya akan membayar pampasan kontrak Gomez yang masih berbaki setahun dengan kelab itu.

“Isu kontrak jurulatih sudah selesai ya. Sudah ada keputusan rasmi dengan tingkah lakunya kalian semua tahu lah. Hubunganya dengan para pemain tidak begitu baik akhir-akhir ini dan keputusan penamatan kontraknya adalah muktamad.

“Pasal bayaran pampasan, itu masalah dalaman kami. Pada awalnya beliau menandatangani kontrak selama dua tahun,” jelas Teddy Tjahjono.

Sebelum ini, Mario Gomez mengakui bosan dengan sikap pengurusan Persib Bandung yang dilihat tidak menghargai prestasi kerjanya.

Mario gomez ketika diumumkan sebagai jurulatih baharu Persib Bandung.

Oleh sebab itu, timbul rasa tawar hati dan beliau mahu meninggalkan kelab tersebut dan kembali ke Malaysia jika pengurusan kelab ‘Maung Bandung’ itu tidak menaikkan gajinya.

Difahamkan, Gomez sempat ke Malaysia untuk berbincang dengan salah satu kelab Liga Super ketika saingan Liga Indonesia direhatkan untuk memberi laluan kepada temasya Sukan Asia 2018 bulan lalu.

Walaubagaimanapun, Gomez mengakui berat hati untuk meninggalkan Persib Bandung kerana sokongan padu  yang diberikan oleh para penyokongnya.

“Kami sebenarnya tidak mahu pindah, kami suka di sini, saya suka Indonesia, suka Bandung dan cinta sama bobotoh (penyokong persib), tetapi kalau gaji kecil, bonus kecil dan kemudahan latihan pun tidak ada, kami akan pergi,” kata dalam tribunnews.

Gomez tuduh kapten Persib Bandung terlibat dalam gejala ‘bookie’

Hubungan Gomez dengan beberapa pemain Persib Bandung dilihat tidak begitu baik berikutan kapten pasukan, Supardi Nasir disyaki terlibat dalam gejala pengaturan perlawanan di Indonesia. Malah, Gomez turut mengancam untuk melaporkan kepada badan induk bola sepak dunia, FIFA.

Ketegangan itu menyebabkan pihak pengurusan Persib Bandung terpaksa mendamaikan Gomez dengan para pemain untuk memastikan perlawanan yang seterusnya dapat dihadapi dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Isu pengaturan perlawanan itu timbul apabila terdapat tangkap layar (screenshot) dalam aplikasi whatsapp daripada penyokong Persib Bandung yang mendakwa pemain pasukan itu terlibat dalam gejala ‘bookie’ ketika menentang PSMS Medan.

Menurut sumber, Gomez mengesyaki Supardi Nasir, Ghozali Siregar, Ardi Idrus dan Eka Ramdani menerima bayaran daripada pihak lawan untuk memastikan kekalahan pasukannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN