Persib Bandung Dihukum Bermain Tanpa Penonton Sehingga Tahun 2019

Gara-gara kerana tindakan penyokong Persib Bandung membelasah seorang penyokong Persija Jakarta, Haringa Sirila sehingga maut minggu lalu, pihak Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menjatuhkan hukuman paling berat kepada kelab gergasi Liga Indonesia itu.

Menurut laporan daripada media indonesia, Tribunnews, Persib Bandung dihukum bermain di luar Pulau jawa (kalimantan) tanpa penonton dalam saingan Liga Indonesia sehingga akhir musim ini dan juga tanpa penonton di Bandung sehingga setengah musim dalam saingan Liga Indonesia 2019.

Selain itu, penyokong Persib Bandung juga dilarang menyaksikan perlawanan Persib Bandung di tempat lawan (away) serta perlawanan lain dalam saingan Liga Indonesia sehingga setengah musim 2019.

Persib Bandung merupakan antara pasukan yang mempunyai penyokong paling fanatik di Indonesia. FOTO: Detik.com

Jawatankuasa Disiplin PSSI turut menghukum Ketua Panitia Pelaksana Pertandingan Persib Bandung (Panpel) dan pegawai keselamatan digantung tugas bersama Persib Bandung selama 2 tahun. Panpel turut didenda sebanyak 100 juta Rupiah (RM28K) dan dilarang bertugas sepanjang perlawanan berlangsung.

Malah, PSSI turut mewajibkan Panpel Persib Bandung memerangi dan melarang segala tulisan provokasi serta slogan yang menghina pada sepanduk, poster, baju dan lain-lain dengan apa cara sekalipun.

Pembantu jurulatih Persib Bandung, Fernando Soler turut dihukum daripada memasuki stadium sehingga akhir musim ini kerana didapati bersalah mengugut pengadil dengan kata-kata seperti berikut, ‘Kalau Persib tidak menang, maka kalian tidak bisa keluar dari stadion’.

Sementara itu, ketua jurulatih Persib Bandung, Mario Gomez ketika diminta mengulas mengenai hukuman itu menyifatkan hukuman yang dijatuhkan oleh PSSI itu sebagai kejam dan tidak munasabah.

Gomez yang pernah melatih pasukan JDT sebelum ini, seakan-akan tidak percaya dengan tindakan PSSI menjatuhkan hukuman yang begitu berat dan tidak adil kepada pasukannya.

“Pertama, saya ingin berbincang dahulu dengan pihak pengurusan sama ada hukuman ini sudah rasmi atau tidak. Jika sudah rasmi, baru saya akan fikirkan tindakan yang seterusnya.

“Saya ingin bincang dahulu dengan pihak pengurusan dan semua pemain kerana bagi saya hukuman ini benar-benar gila. Lebih baik tidak usah bermain.

“Kenapa mereka tidak melakukan hukuman ini ketika melawan Arema, kenapa Persib Bandung? Karana kami menang, itu perbezaannya. Banyak yang tidak tahu malu di sini.” katanya seperti dipetik dalam Goal Indonesia.

PSSI turut mengumumkan saingan Liga Indonesia akan bersambung semula pada hari jumaat ini setelah Liga tersebut digantung sementara akibat insiden kematian Haringga Sirila.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN