“Persiapan Kami Sangat Rapi” – Shahril Shaari Akui Kedah Jalani Latihan Intensiti Tinggi Untuk Piala AFC

Kedah Darul Aman (KDA)  kini sedang serius mempersiapkan diri mereka bagi mengharungi saingan Piala AFC yang bakal berlangsung di Bali, Indonesia pada 24 Jun ini bagi peringkat Kumpulan G.

Selain KDA, satu lagi pasukan yang bakal turut bertanding dalam saingan tersebut merupakan Kuala Lumpur City di laman sendiri apabila turut berlangsung pada tarikh yang sama iaitu 24 Jun ini.

KDA yang mempamerkan aksi kurang memberansangkan sebelum itu dalam aksi saingan Liga Super awal musim ini, telah membuat sedikit rombakan pada pemain serta giat menjalani latihan ketika liga bercuti selama sebulan sebelum itu.

Walaupun begitu, para pemain dilihat optimis dengan kebangkitan pasukan mampu dilakar pada saingan Piala AFC ini untuk kembali menutup mulut para pengkritik bola sepak tempatan.

Shahril Shaari antara pemain yang dilihat sangat yakin dengan prestasi semasa pasukan apabila penjaga gol KDA itu optimis keputusan positif mampu diraih pasukan diwakilinya itu di Bali.

Shahril melihat pentas AFC sebagai medium terbaik buat KDA untuk menaikkan lagi nama mereka di peringkat antarabangsa sebagai salah satu kelab terbaik selepas kali terakhir mereka beraksi di luar negara pada tahun 2020.

“Persiapan yang kami terapkan sangat rapi melalui latihan berintensiti tinggi. Kini kami terus bekerja keras berdasarkan perancangan yang diterapkan ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak khusus untuk ke saingan Piala AFC musim ini.

“Kehangatan saingan Piala AFC yang akan bermula pada minggu depan ini cukup terasa hingga membuatkan saya dan rakan seperjuangan begitu teruja dan bersemangat,” katanya menerusi Berita Harian.

Dalam masa sama, Shahril akui kini beliau perlu bersaing dengan lebih sengit untuk merebut posisi dalam kesebelasan utama pasukan apabila rakannya iaitu Ifwat Akmal dan Ilham Amirullah juga semakin cemerlang dalam sesi latihan.

“Antara saya, Ifwat Akmal atau Ilham Amirullah, kami tetap bersatu hati mengenai siapa yang akan dipilih untuk beraksi beraksi nanti, asalkan pasukan Kedah mendapat kekuatan terbaik dalam memberi saingan nanti.

“Mungkin jurulatih akan nampak kelebihan terbaik antara kami bertiga sebelum membuat pilihan. Apa yang kami perlu persiapkan adalah bersedia secara mental dan fizikal sepenuhnya untuk beraksi,” katanya.

Ketika ini, KDA telah membuat sedikit rombakan pada pemain import apabila mereka telah melepaskan khidmat pertahanan Jang Suk-won dari Korea Selatan dan kemungkinan besar, pemain Thailand iaitu Dennis Buschening juga mungkin turut ditamatkan kontrak.

Minggu lalu, pasukan kendalian Aidil Sharin ini sudah menandatangani pemain kebangsaan Thailand yang beraksi di posisi tengah iaitu Sanrawat Detchmitr.

Kemasukan Sanrawat dilihat untuk mengurangkan beban jeneral tengah KDA ketika ini iaitu Dechi Marcel ketika mengawal di bahagian tersebut selain memberi nilai tambah pada sudut kreativiti kelab.

Selain itu, dikhabarkan KDA juga kini dalam usaha untuk menandatangani seorang lagi pemain import dari Jordan yang beraksi di posisi serangan bagi membantu penyerang utama mereka kini, Ronald Ngah Wanjah dalam memburu gol.

Semoga KDA juga mampu mengharumkan nama pasukan dan negara dengan memberikan reaksi positif dalam saingan Piala AFC nanti.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN