“Persiapan Dalam Keadaan Terbaik” – Detchmitr Tekad Mahu Bantu Kedah Dalam Saingan Piala AFC

Menjelang aksi pertama Piala AFC 2022 bagi peringkat Kumpulan G di Bali, Indonesia, jelas Kedah Darul Aman (KDA) kini semakin giat mempersiapkan diri mereka bagi aksi perlawanan pertama menentang Bali United.

KDA dilihat telah membuat persediaan awal ketika jendela perpindahan kedua pemain dibuka apabila kelab tersebut menandatangani import baharu mereka iaitu Sanrawat detchmitr untuk memperkukuhkan penguasaan di posisi tengah.

Posisi tengah KDA musim ini dilihat sedikit bermasalah setelah pasukan lawan mudah mengeksploitasi di kawasan tersebut yang membuatkan skuad kendalian Aidil Sharin sering kecewa di penghujung perlawanan.

Menurut Detchmitr, beliau bertekad untuk memberi aksi yang terbaik bagi membantu KDA mengatasi masalah mereka selain sedia menggunakan pengalamannya untuk menghadapi saingan Piala AFC nanti.

Setakat ini, Detchmitr mengakui beliau semakin serasi bersama KDA dalam sesi latihan sambil mengakui faktor sekeliling membuatkan dirinya tidak kekok bersama rakan-rakan sepasukan.

“Persiapan saya bersama pasukan berada dalam keadaan baik dan semua di sini memberi sokongan yang baik kepada saya dalam semua hal. Saya rasa gembira berada di sini dan erasa seolah-olah berada di negara sendiri.

“Saya kini menumpukan sepenuh fokus dalam persiapan pasukan sebelum kami bertolak ke Indonesia. Saya mahu pastikan saya dapat memberi 100 peratus dalam aksi berkenaan bagi membantu Kedah memberi saingan dalam kejohanan itu,” kata pemain tengah berusia 32 tahun tersebut menerusi Berita Harian.

Detchmitr dimasukkan oleh KDA sebagai pemain import kuota Asean bagi menggantikan khidmat Dennis Buschening yang mengalami kecederaan serius.

Pemain yang mempunyai kebolehan bagus dalam merangkai serangan dari bahagian tengah ini pernah beraksi dalam saingan Piala ACL musim lalu bersama Ratchaburi Mitr Phol selaku pemain pinjaman daripada Bangkok United.

Detchmitr juga merupakan bekas tonggak buat pasukan kebangsaan Thailand ketika Piala AFF 2018 sehingga dirinya tersenarai dalam kesebelasan utama saingan tersebut.

Selain beliau, KDA juga dijangka bakal mengumumkan seorang lagi import terakhir mereka bagi posisi Asia setelah sebelum itu mereka melepaskan khidmat pertahanan Korea Selatan, Jang Suk-won.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN