Perseteruan Bola Sepak Cukup Di Atas Padang Sahaja

Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor secara rasminya telah pun mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor pada 1 Oktober lalu.

Pertemuan tersebut jelas mendapat perhatian peminat bola sepak kerana perseteruan membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) bersama Selangor di pentas Liga Malaysia (Liga M).

“Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor pada 1 Oktober 2024.

“Sultan Selangor dan Pemangku Sultan Johor berkongsi pendapat tentang perpaduan dalam kalangan rakyat, profesionalisme di Malaysia dan kepentingan penyatuan Institusi Diraja untuk berkhidmat sebagai sebuah simbol negara,” jelas kenyataan tersebut di media sosial rasmi PSJ.

Perseteruan kedua pasukan tersebut antara yang menambah rencah pada saingan Liga M sejak musim-musim lalu dengan para penyokong setiap pasukan itu sering bertelingkah di media sosial.

Malah pertemuan kedua pasukan tersebut di atas padang juga menjadi antara perlawanan cukup ikonik kerana Selangor dan JDT masing-masing dianggap kuasa besar bola sepak di Malaysia kini jika dibandingkan kelab lain.

Walaupun begitu, adakalanya perseteruan membabitkan para penyokong kedua kelab tersebut dianggap sedikit berlebihan sehingga mencetuskan rasa bimbang dalam kalangan pemerhati bola sepak tempatan.

Disebabkan itu, perbincangan turut dilakukan antara Sultan Sharafuddin bersama PSJ mengenai situasi tersebut dengan masing-masing bersetuju perseteruan kedua kelab berkenaan cukup setakat di atas padang sahaja.

“Turut dibincangkan adalah perkara berkaitan bola sepak, khususnya Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail bersetuju bahawa semua pihak perlu memastikan perseteruan bola sepak kekal di dalam padang sahaja dan wujudnya perasaan saling hormat-menghormati serta perpaduan di luar padang. Allah Peliharakan Sultan,” tambah kenyataan itu lagi.

Ketika ini, kedua pasukan tersebut sedang beraksi di pentas Asia dalam usaha masing-masing untuk menaikkan lagi nama Malaysia dalam sukan bola sepak.

JDT yang cemerlang mengetepikan Shanghai Shenhua dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) terus tampil membanggakan para peminat menerusi reputasi positif mereka di pentas Asia.

Sementara Selangor pula bakal menghadapi cabaran Cebu FC hari ini bagi aksi kedua AFC Champions League Two (ACL 2) selepas berjaya mengikat Muangthong United beberapa hari lalu.

Semoga kelab-kelab lain di Malaysia kembali bangkit dan membuktikan bola sepak negara ini masih lagi bernafas serta mengikut jejak langkah positif JDT bersama Selangor.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN