Persekutuan Bolasepak Itali Tetap Mahukan Conte Sebagai Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan

Naib Pesuruhjaya Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC), Alessandro Costacurta mendedahkan pengurus Chelsea, Antonio Conte merupakan pilihan utama yang akan mengisi jawatan ketua jurulatih skuad kebangsaan Itali.

“Saya belum membuat pilihan tetapi saya fikir Conte adalah yang terbaik,” kata Costacurta kepada Gazzetta dello Sport.

“Saya sudah pasti akan bercakap dengannya dalam masa beberapa bulan lagi.”

Bekas bintang AC Milan, Costacurta diberikan tugas untuk mencari pengganti kepada Gian Piero Ventura yang dipecat selepas kegagalan Itali ke Piala Dunia.

Antonio Conte

Conte pernah mengemudi Itali pada tahun 2014 dan membawa skuadnya ke suku akhir Euro 2016 sebelum mengambil alih tugas mengendali Chelsea.

Calon-calon lain termasuklah Roberto Mancini, Claudio Ranieri dan Carlo Ancelotti.

“(Conte) sudah pun menunjukkan dia tahu bagaimana untuk menjadi jurulatih skuad kebangsaan ketika pilihan lain tidak memilikinya,” kata Costacurta.

Conte mengemudi Chelsea kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim pertamanya tetapi penyandang juara itu ketika ini menghuni tangga kelima liga dan ketinggalan 19 mata di belakang pendahulu, Manchester City.

“Ia tidak bermakna saya tidak gembira dengan Mancini atau Ancelotti, sekali pun (Ancelotti) nampak seperti sudah mengeluarkan dirinya daripada senarai itu.

“Saya tidak akan melihat pengurus di dalam liga (Gian Piero) Gasperini (jurulatih Atalanta) dan (Marco) Giampaolo (jurulatih Sampdoria). Saya memberitahu kamu saya juga tidak akan menghubungi (Gennaro) Gattuso (jurulatih AC Milan).

“Ia nampak terlalu awal. Saya yakin dia akan menjadi jurulatih kebangsaan untuk beberapa tahun lagi kerana dia mempunyai segala-galanya, karektor, kekerasan. Saya amat menggemarinya, tetapi memilihnya ketika ini pasti buruk buatnya.”

Jurulatih skuad bawah 21 tahun Itali, Luigi Di Biagio ketika ini mengendalikan tugas selaku jurulatih sementara bagi aksi persahabatan menentang Argentina dan England, bulan depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN