Persediaan Mantap Sabah Di Indonesia, Uji 3 Pasukan Sebagai Pendedahan Buat Para Pemain

Sabah antara pasukan yang paling sibuk sekali dalam mempersiapkan diri mereka sepanjang tempoh berehat Liga Malaysia (Liga-M) ketika ini untuk memberi aksi sengit buat mana-mana pencabar sebaik sahaja persaingan kembali bersambung.

Ketika ini mereka sudah pun selesai mengharungi tiga aksi persahabatan di Indonesia untuk menguji kekuatan pasukan serta memberi pendedahan terutama sekali buat barisan pemain muda Sabah agar lebih bersedia ketika liga kembali bersambung selepas ini.

Menurut Datuk Ong Kim Swee selaku pengendali Sabah, beliau jelas mahu memberi pengajaran buat pemain kendaliannya selain membuka ruang buat pemain muda lain agar lebih terdedah dalam mana-mana perlawanan yang berintensiti tinggi.

Beliau juga mengambil kira keputusan sepanjang tiga perlawanan tersebut sebagai sesuatu yang positif dan aksi para pemain semakin berkualiti buat Sabah setelah mereka mencatat satu kemenangan, satu seri, dan hanya sekali tewas

Tambah beliau, daripada siri persahabatan tersebut juga beliau dapat mengesan serta menilai kekuatan dan kelemahan semasa pasukan untuk diperbaiki menjelang perlawanan liga akan datang.

“Apabila kita bermain dengan mana-mana pasukan sekalipun, sudah tentu ada kelemahan dan saya akan pastikan seminggu ini kita perbaiki kelemahan kita apabila pulang ke Kota Kinabalu, Sabah nanti.

“Pada perlawanan terakhir menentang Persiba Balikpapan, kita mensia-siakan peluang yang banyak dan beberapa pemain tidak menunjukkan prestasi yang agak baik,” katanya dalam kenyataan menerusi laman rasmi Sabah.

Dalam masa sama, Kim Swee mengakui mana-mana pasukan dari Liga Dua atau Divisyen dua Indonesia pastinya tampil memberi cabaran sengit buat pasukannya.

“Namun tanpa dibolosi ketika menentang Persiba Balikpapan itu lebih penting untuk kita bawa ke perlawanan akan datang iaitu menentang Sri Pahang FC kerana mereka mempunyai pemain-pemain yang cukup bagus apabila Liga Malaysia bersambung semula,” katanya.

Untuk rekod, Sabah telah mencatat kemenangan mereka ketika mengatasi Persija FC dengan keputusan 2-1 sebelum mengalami kekalahan pertama kepada Bhayangkara FC 1-2.

Perlawanan terakhir mereka menyaksikan Sabah sekadar terikat seri tanpa jaringan sewaktu bertemu Persiba Balikpapan.

Ketika sekembalinya saingan Liga Super nanti, Sabah bakal menghadapi cabaran Sri Pahang pada 18 Jun ini di Stadium Likas sebelum tampil selaku pasukan pelawat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menentang Selangor pada 28 Jun.

Sumber:
Sabah FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN