Perpindahan Neymar Ke PSG: Impak Besar Menanti Dunia Bola Sepak

Ketika artikel ini dikongsi, kemungkinan Neymar semakin hampir atau secara rasmi sudah menyertai gergasi Perancis, Paris St Germain (PSG).

Saga perpindahan Neymar yang cukup mengejutkan kerana PSG sanggup menebus klausa perlepasan Neymar yang mencecah €222 juta.

Siapa Nasser Al-Khelaifi?

Pemilik PSG ini merupakan jutawan dari Qatar dan juga merupakan bekas pemain tennis.

Beliau memegang jawatan pengerusi dan ketua eksekutif BeIN Media Group, Qatar Sports Investments, presiden Qatar Tennis Federation (QTF) and Timbalan Presiden Asian Tennis Federation for West Asia (ATF).

Selain itu, faktor kekayaan beliau juga adalah hasil daripada pengurusan gas asli. Beliau telah mengambil alih PSG pada tahun 2011 dan sejak daripada itu nama PSG secara drastik naik sebagai kuasa bola sepak Perancis.

Hasilnya, PSG berjaya menamatkan penguasaan Lyon yang telah mendominasi liga sejak sekian lama.

Wang pembawa malapetaka bola sepak

Perpindahan pemain dalam bola sepak adalah perkara yang biasa.

Selain sebagai sukan nombor 1 di dunia, bola sepak juga dipandang sebagai pelaburan yang menguntungkan para jutawan kerana prospek bola sepak cukup besar dan sentiasa berkembang.

Kuasa wang mampu menjadikan kelab kerdil yang tiada sejarah lampau tiba-tiba menjadi gergasi bola sepak. Fenomena ini yang membuatkan UEFA memperkenalkan Financial Fair Play Rules bagi mengelakkan kelab dilanda dengan hutang yang banyak.

Penulis melihat perpindahan Paul Pogba ke Manchester United adalah punca dan faktor utama nilai pemain meningkat secara mendadak.

Ia juga akan memberi kesempatan kepada ejen pemain untuk mengaut untung berlebihan hasil penjualan pemain dibawah seliannya.

Seperti kes Pogba, Mino Raiola berjaya mengaut untung hampir mencecah £20 juta.

Dalam kes Neymar, PSG perlu menebus klausa kontrak tersebut.

Barcelona tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perkara tersebut dan ditambah dengan kemahuan Neymar sendiri untuk keluar dari Barcelona.

Kemungkinan Neymar melihat selagi beliau berada di Barcelona, prestasi beliau sentiasa dibayangi kehebatan Lionel Messi dan peluang menyertai PSG adalah kesempatan untuk membuktikan beliau mampu mengatasi Messi dalam perebutan pemain terbaik dunia.

Disamping itu, tawaran gaji yang lumayan sebanyak €30 juta setahun adalah kesempatan yang tidak sewajarnya ditolak ibarat kata pepatah sambil menyelam minum air.

Dan pastinya, perpindahan ini akan memberi kesan pada masa hadapan. Harga pemain akan meningkat berkali ganda.

Kita juga akan melihat bakat-bakat bola sepak akan dipergunakan untuk mengaut untung hasil penjualan pemain.

Walaupun ia adalah lumrah bisnes dalam bola sepak disamping faktor ekonomi mata wang meningkat, tapi sedikit sebanyak merencatkan keseronokan bola sepak sebagai sukan untuk semua lapisan masyarakat.

Keadaan ini seumpama melihat bolasepak seperti bisnes bagi syarikat-syarikat besar berbanding membangunkan bakat-bakat muda.

Kuasa wang itu lebih baik digunakan untuk membangunkan akademi bola sepak sedia ada dan membela nasib-nasib kanak-kanak yang melarat di negara miskin.

Jika melihat sejarah para pemain bola sepak, hidup mereka amat susah di waktu kecil dan sukan inilah yang mengubah hidup mereka menjadi lebih baik.

Begitu juga di Malaysia, fenomena ini semakin kelihatan dalam bola sepak tempatan.

Dengan kuasa wang mampu mengaut bakat muda yang ada di setiap kelab. Kesannya, hanya satu kelab mendominasi bola sepak dan pemain tersebut hanya memanaskan bangku simpanan.

Ia merugikan bakat yang sedia ada dan kesan besar pada negara!

Sewajarnya, syarikat-syarikat besar ini membantu daripada sudut pembangunan bakat muda kerana itu adalah jalan yang lebih baik.

Bukan semata memandang bolasepak sebagai lubuk mengaut keuntungan untuk kepentingan sendiri.

Semoga bola sepak tidak dijadikan sebagai sukan yang mengkayakan individu.

Kembalilah ke bola sepak yang menyatukan seluruh lapisan masyarakat.

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil tulisan saudara Muhammad Hafizuddin. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalma format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN