Perpindahan Liga Super 2018 : Jafri Firdaus Chew Sertai PKNS FC

Penyerang skuad Malaysia Bawah 23 Tahun dan juga pemain Pulau Pinang, Muhammad Jafri Firdaus  Chew dilaporkan akan menyertai pasukan PKNS FC dalam saingan Liga Super musim hadapan.

Menurut pengurus PKNS FC, Mahfizul Rusydin, Jafri sudahpun menandatangani memorandum persefahaman (MOU) untuk menyertai kelab itu.

“Jafri telah menandatangani MoU dengan PKNS. Jadi, kami berasa berbesar hati. Sekarang ini, kami sedang memuktamadkan syarat-syarat peribadi.

“Pertama, kami melihat dia mempunyai prospek yang begitu besar di dalam arena bola sepak,” jelasnya.

Jafri juga disebut-sebut bakal menjadi gandingan kapten pasukan itu, Safee Sali di bahagian serangan bagi menghadapi saingan sengit Liga Super musim depan.

“Kami melihat dia amat sesuai digandingkan dengan Safee Sali di mana kami berharap mereka berdua akan berganding bahu dan boleh memberi impak besar kepada PKNS pada musim depan,” katanya kepada Stadium Astro

Kredit: FA Penang Official

Mahfizul mengesahkan penyerang Pulau Pinang itu menjadi pilihan PKNS FC berdasarkan potensi yang dipamerkannya ketika bersama skuad B-22 negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu.

Namun begitu, Mahfizul juga mengakui kelab itu dalam proses mendapatkan khidmat beberapa lagi pemain untuk mengukuhkan lagi pasukannya.

“Kami jangkakan akan mendapatkan beberapa lagi pemain bagi memantapkan pasukan untuk saingan Liga Malaysia, Insya-Allah,” katanya.

Selain Jafri, turut menandatangani MoU menyertai PKNS FC ialah pemain Kelantan, Mohd Qayyum Marjoni Sabil.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN