Peroleh Kontrak Baharu, Martial Gembira Kekal Di Manchester United

Spekulasi kini telah pun ditamatkan.

Pemain Manchester United, Anthony Martial kini telah menerima kontrak lanjutan dari kelabnya untuk memastikan pemain itu terus kekal di Old Trafford untuk beberapa tahun lagi.

Menurut laman rasmi Manchester United, Martial telah menandatangani kontrak lanjutan bersama kelab tersebut untuk terus kekal sehingga tahun 2024.

Lebih menarik di dalam kontrak tersebut, Manchester United mempunyai pilihan untuk memanjangkan tempoh perkhidmatan beliau selama setahun selepas tempoh asal tamat.

Martial yang sebelum ini kelihatan seperti tidak diendahkan kewujudannya di Manchester United ketika era Jose Mourinho, berasa gembira apabila mendapat kontrak lanjutan ini.

“Saya amat sukakan masa saya di kelab ini.”

Pada Martial, faktor penyokong menjadikan beliau berasa cukup istimewa menjadi sebahagian daripada keluarga Manchester United.

“Dari hari saya menyertai pasukan ini saya telah dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga pasukan ini.”

“Saya cukup berasa rendah diri dan gembira dengan layanan yang diberikan oleh para penyokong, mereka sehingga kini meneruskan sokongan padu mereka buat pasukan.”

Misi Martial kini jelas bersama Manchester United iaitu ini mencapai lebih banyak kejuaraan selepas ini.

“Kelab ini berkisarkan mengenai kejuaraan dan saya pasti kami tidak jauh dari satu lagi kejuaraan.”

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Ole Gunnar Solskjaer dan barisan jurulatih kerana percaya pada saya dan membantu saya meningkatkan permainan saya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN