Pernah Tertanya Bagaimana Rasanya Berlatih Di Bawah Gattuso? Ini Perkongsian Suso

Kami tahu ramai di antara pembaca kami yang sudah membayangkan bagaimana karakter Gattuso di pusat latihan.

Pemain sayap AC Milan, Suso telah berkongsi dengan radio RMC Sport pengalaman beliau berlatih di bawa Gattuso setakat ini.

Suso merasakan yang Gattuso telah melakukan tugas beliau dengan baik sejak dilantik menjadi pengurus AC Milan.

Menurut Suso, latihan di bawah Gattuso memang agak berat. Seterunya, pengendali dan legenda AC Milan itu kerap menjerit di dalam sesi latihan, dan suara Gattuso kedengaran hampir setiap saat. Ramai yang kerap terkejut mendengar suara Gattuso.

Suso juga memeberitahu yang dalam perlawanan sebenar, jeritan suara Gattuso lagi nyaring dan lebih lama iaitu untuk tempoh 45 minit.

“Latihan diberikan oleh beliau semuanya berat. Saya mendengar beliau menjerit setiap saat, dan apabila perlawanan sebenar beliau menjerit lebih kuat untuk 45 minit.”

“Jadi saya nak pilih bermain pada 45 minit yang seterusnya. Saya hanya bergurau untuk itu. Atau, kalau dia tahu, dia akan arahkan saya berlari untuk sejam keliling padang,” kata beliau sambil ketawa.”

Gattuso memang seorang yang sangat bersemangat dalam pasukan. Tidak kira ketika menjadi pemain ataupun sebagai seorang pengurus.

Beliau buat masa ini telah berjaya memperbaiki prestasi buruk AC Milan sejak mengambil alih daripada Montella.

AC Milan kini berada di tangga ke-6. Mereka dalam usaha untuk merebut slot ke Eropah pada musim hadapan. Pada awal pagi esok, AC Milan akan berhadapan dengan Juventus di Turin.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN