Pernah Kena ‘Troll’ Pundit ISL, Liridon Krasniqi Tetap Bangga Dipanggil Sertai Skuad Harimau Malaya

Mana-mana pemain bola sepak, turun naik prestasi adalah perkara biasa. Perkara itu tidak terkecuali untuk pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi.

Seperti yang kita semua ketahui, Liridon adalah salah seorang daripada tiga pemain naturalisasi negara selain Mohamadou Sumareh dan Guilherme de Paula.

Prestasi ketiga-tiga pemain  bersama pasukan negara sentiasa menjadi perhatian kerana status naturalisasi dan harapan yang diletakkan peminat bola sepak tanah air.

Sebelum ini Liridon turut tidak lari daripada kecaman penyokong pasukan negara kerana prestasi hambar yang ditampilkannya di pusingan kedua kelayakan Piala Asia 2023 yang lalu.

Malah prestasi mengecewakan pemain itu sebelum ini menyebabkan nama beliau digugurkan daripada senarai pasukan kendalian Tan Cheng Hoe yang beraksi di Piala AFF 2020 yang lalu.

Kena ‘troll’ pundit ISL

Sebenarnya prestasi hambar pemain kelahiran Kosovo itu bukan sahaja kelihatan hanya ketika bersama skuad Harimau Malaya.

Malah Liridon turut gagal menyerlah ketika beraksi bersama Odisha FC di Indian Super League (ISL) yang baharu sahaja melabuhkan musim 2021/22.

Liridon diumumkan menyertai Odisha FC daripada JDT selepas meninggalkan Newcastle Jets di Liga Australia – juga secara pinjaman – pada Ogos tahun lalu.

Malah Liridon sempat ‘diusik’ oleh bekas pemain yang kini menjadi pundit di ISL, Erik Paartalu di laman Instagram ISL selepas pemain itu didakwa meraikan keputusan seri 1-1 menentang ATK Mohun Bagan pada hujung bulan lalu.

“Selepas hanya sekadar seri [meraikan secara berlebihan]?” Tulis Paartalu. Tidak cukup dengan itu, Paartalu turut menyindir Liridon kerana gagal menghasilkan sebarang jaringan atau assist sepanjang semusim beraksi di ISL.

Soalan yang bernada sarkastik tersebut turut dibalas oleh Liridon selepas itu.

“Sahabat ku, pulanglah ke negara anda sendiri daripada terus bekerja untuk sekadar mendapatkan $100 di India.Nikmatilah kehidupan. Sekarang, berdiam sahajalah sebelum saya pula yang membeli anda,” jawab Liridon dengan nada berseloroh.

Paartalu sebenarnya bukanlah watak asing di bola sepak India. Bekas pemain skuad kebangsaan Australia itu yang kini sudah bersara pernah menyarung jersi Bengaluru sekitar 2017-2021 sebelum beralih karier ke bahagian penyiaran.

Kebangkitan Liridon?

Walaupun gagal menghasilkan sebarang jaringan atau assist sepanjang 16 penampilan bersama Odisha pada musim ini, Liridon tetap merupakan pemain yang popular di kalangan peminat.

Ini adalah disebabkan ketenangan yang dimiliki beliau ketika mengawal jentera tengah pasukan.

Malah Liridon turut dinobatkan selaku ‘Raja Gelecek’ di ISL selepas merekodkan purata 83% kejayaan menggelecek lawan. Tidak ada pemain lain di ISL yang berjaya menghasilkan rekod sedemikian pada musim  ini di ISL.

Dan semalam jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon kembali memanggil pemain ini untuk menyertai skuad kebangsaan untuk menghadapi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Filipina, Singapura dan Albirex Niigata.

Melalui perkongsian di IG Story, Liridon turut meluahkan rasa bangga dan menanggap ia sebagai satu penghormatan untuk menyarung jersi Malaysia.

Semoga ini terus menjadi titik kebangkitan Liridon Krasniqi bersama Harimau Malaya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN