Pernah Dilabel Kelab ‘Antivaksin’, Man Utd Kini Diancam Penularan Wabak Covid-19

Manchester United kini berhadapan ancaman penularan wabak Covid-19 sehingga menyebabkan latihan secara berkumpulan pada Ahad lalu terpaksa dibatalkan.

Skuad kendalian Ralf Rangnick hanya mampu melakukan latihan secara individu selepas beberapa pemain dan kakitangan dikesan positif selepas saringan pada pagi Ahad dilakukan.

Tidak dinyatakan siapakah pemain atau kakitangan yang dijangkiti wabak tersebut, namun kesemua mereka diarahkan pulang sebelum latihan dimulakan.

Laporan mengesahkan semua pemain dan kakitangan yang terlibat dalam perlawanan menentang Norwich sebelum itu memperolehi keputusan negatif ketika saringan dilakukan. Pihak Premier League juga telah mengambil maklum mengenai situasi semasa di Old Trafford.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada perlawanan Premier League menentang Brentford pada Selasa nanti akan diteruskan atau tidak.

Varian Omicron jadi ancaman baharu

Penularan varian Omicron telah menyebabkan kenaikkan kes di UK telah meningkat sejak beberapa minggu lalu dan turut menjejaskan beberapa kelab di Liga Inggeris.

Aston Villa misalnya terpaksa membatalkan sesi latihan di Bodymoor Heath pada Ahad lalu selepas beberapa individu di dalam kelab didapati positif virus tersebut.

Perlawanan di antara Sheffield United menentang Queens Park Rangers pada Isnin terpaksa ditangguhkan selepas penularan wabak tersebut melanda kelab London itu.

QPR telah memaklumkan kepada EFL beberapa pemain dan kakitangan mereka diuji positif sehingga menyebabkan tidak cukup pemain untuk memenuhi jadual perlawanan.

Pada Rabu lalu difahamkan lapan pemain Tottenham dan lima kakitangan kejurulatihan yang bekerja di bawah arahan Antonio Conte telah diuji positif Covid-19.

Situasi tersebut telah menyebabkan perlawanan pada Ahad lalu menentang Brighton & Hove Albion terpaksa ditangguhkan.

Kelab London itu kini berisiko membatalkan perlawanan dan menarik diri daripada Europa Conference League menentang Rennes selepas perlawanan tersebut turut ditangguhkan akibat sebab yang sama,

West Bromwich Albion turut mengalami masalah yang sama apabila empat pemain pertahanan kelab itu diuji positf menjelang perlawanan Championship menentang Reading.

Dilabel kelab ‘Antivaksin’

Manchester United sebelum ini pernah dibidas dan dilabel sebagai kelab ‘antivaksin’. Ini kerana Manchester United antara kelab Liga Perdana Inggeris di mana majoriti pemain mereka masih belum (atau enggan) menerima vaksin Covid-19. Situasi ini menyebabkan kelab lawan kecewa dengan mereka berkaitan isu ini.

Daily Mail sebelum ini pernah melaporkan terdapat golongan pemain di Liga Perdana Inggeris enggan divaksin. Malah data yang diperolehi pada Oktober lalu menunjukkan dua pertiga daripada pemain di divisyen teratas liga masih belum menerima suntukan masing-masing. Kebanyakan mereka enggan menerima suntikan tersebut.

Hanya beberapa kelab Liga Perdana Inggeris yang merekodkan kadar vaksinasi hampir 100% di kalangan pemain dan kakitangan mereka.

Liverpool dan Leeds United adalah dua kelab contoh yang menghampiri kadar vaksinasi lengkap. Manakala kelab-kelab lain seperti Wolves dan Brentford turut mengesahka kepada umum bahawa majoriti pemain mereka telah menerima dos vaksin lengkap.

Keenganan untuk divaksin menyebabkan ramai yang kecewa. Ini kerana Manchester United dianggap sebagai salah sebuah kelab terbesar dan berpengaruh dari Liga Inggeris, dan sepatutnya memberikan tauladan yang baik.

Apabila berlaku perkara sebegini, ia pasti memberi persepsi negatif kepada usaha dunia untuk bebas dari Covid.

Di sebalik penafian oleh pihak kelab, akhbar The Times melaporkan jumlah pemain dan kakitangan yang menerima vaksinasi di Manchester United adalah jauh berbanding dengan suntikan yang diberikan kepada Liverpool dan Leeds.

Keengganan pengambilan vaksin turut disebabkan kepercayaan mengarut – seperti percaya kepada khabar angin di internet, dan bahawa pandemik ini adalah satu propaganda pihak tertentu semata-mata.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN