Permusuhan Al-Ahly & Zamalek: Perlawanan Yang Menjadi Tumpuan Seluruh Timur Tengah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih. Moving forward as one.

Klik butang di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

KLIK UNTUK SUMBANGAN

Malam itu kami berehat-rehat menonton perlawanan bola sepak di sebuah kafe seusai solat Isyak.

Kami mengambil keputusan untuk menonton perlawanan bola sepak bersama golongan Arab tempatan, tidak seperti kebiasaannya bersama rakan-rakan Somalia.

Perlawanan malam itu melibatkan dua pasukan Premier League. Tiba-tiba kami disapa oleh seorang pemuda tempatan.

“Awak menyokong Al-Ahly ataupun Zamalek?”, soalnya.

Entah kenapa kami disoalnya berkenaan Al-Ahly dan Zamalek, satu soalan yang sukar untuk dijawab oleh golongan yang merantau seperti kami.

Al-Ahly dan Zamalek, 2 kelab gergasi yang mempunyai cukup ramai peminat dan mempunyai legasi sejarah yang cukup panjang.

Al-Ahly boleh dikira sebagai abang apabila ditubuhkan pada tahun 1907 berbanding si adik Zamalek yang ditubuhkan pada 1911.

Keduanya mewakili 2 entiti masyarakat yang berbeza di Kaherah.

Al-Ahly dengan jolokan The Red Devils lebih mendapat sokongan daripada golongan bawahan. Manakala Zamalek yang dikenali sebagai The White Knight, lebih melatari golongan arisktokrat kaya.

Perbezaan ini yang sering mencetuskan pergerseran-pergeseran serius melibatkan peminat-peminat kedua buah pasukan.

Disebalik perbezaan itu, mereka masih mengekalkan polisi berkongsi kongsi iaitu di Stadium Antarabangsa Kaherah yang berkapasiti 70 ribu tempat duduk.

Antara yang paling ditunggu-tunggu setiap kali musim perlawanan bola sepak di Mesir ialah perlawanan antara dua seteru ini. Turut digelar El Classico bagi bola sepak Arab, permusuhan antara dua pasukan ini ditonton oleh majoriti negara timur tengah dan Afrika utara.

 

Pemain Tumpuan

Permusuhan Kaherah telah menyaksikan kemunculan ramai pemain terbaik, tetapi ini adalah antara 3 terbaik yang akan kekal dalam sejarah perseteruan mereka.

Hossein Hegazi

Siapa dia? Agak kurang dikenali diluar Afrika, beliau adalah orang yang merubah bentuk bola sepak Mesir.

Beliau yang ketika itu melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti London, telah bermain untuk pasukan Dulwich Hamlet kemudian bertukar ke pasukan Fulham sekitar tahun 1911 sehingga 1914 sebelum kembali semula ke Mesir untuk bermain bersama Al-Ahly dan kemudian Zamalek.

Bakat dan kebolehan Hussein telah membuka mata orang Eropah untuk lebih memberi perhatian kepada rakyat Mesir sebagai pemain bola sepak.

Hossein Hegazi dikenang sebagai Bapa Bola Sepak Mesir.

Hossam Ghaly

Aksinya ketika bersama Tottenham Hotspur ataupun Derby County ketika bermain di Premier League amat membanggakan rakyat Mesir.

Dikenang sebagai antara pemain paling berbakat dalam generasinya, Hossam bersama Al-Ahly sebanyak 3 kali dan secara keseluruhannya berkhidmat selama 8 tahun untuk mereka.

Hossam Ghaly merupakan pemain yang berpengalaman beraksi di Premier League.

Beliau berjaya mengumpul 9 kejuaraan sepanjang tempoh 8 tahun itu, Hossam masih bermain untuk pasukan kebangsaan Mesir sehingga kini.

Hazem Emam

Seorang lagenda. Dengan jumlah perlawanan sebanyak 170 bersama Zamalek dan 86 penampilan bersama pasukan kebangsaan Mesir, Hazem dikenali sebagai antara pemain paling berbakat di seluruh Afrika.

Popularitinya merentasi pasukan apabila dia turut dikenang sebagai hero oleh penyokong pasukan al-Ahly yang merupakan seteru kepada Zamalek!

Perlawanan paling diingati

  • Piala Mesir: Perlawanan Akhir 2007

Merupakan kebangkitan terbaik yang dipersembahkan oleh Al-Ahly.

Zamalek telah dimalukan pada permusuhan terakhir mereka dengan kekalahan 0-3 dan belum lagi mengangkat sebarang piala sejak 2002, menganggap perlawanan akhir ini adalah peluang terbaik untuk mereka menjulang piala.

Keyakinan mereka berasaskan keampuhan pasukan yang mereka sedang miliki ketika itu. Malangnya magis daripada Mohamed Aboutrika meranapkan impian Zamalek untuk menamatkan kemarau kejuaraan mereka.

Al-Ahly menang 4-3 semasa masa tambahan hasil dua kali tindakan bijak Mohamed Ahoutrika.

  • Piala Mesir: Perlawanan Akhir 2015

Baru berlaku 2 tahun lepas. Sorakan yang menggegarkan dan kekecohan yang ditimbulkan kedua penyokong menambah drama permusuhan Kaherah.

Perlawanan ini merupakan detik perubahan penguasaan bola sepak daripada Al-Ahly kepada Zamalek secara keseluruhannya.

Perlawanan yang dimenangi 2-0 oleh Zamalek menaikkan reputasi baru mereka sebagai kuasa bola sepak baharu Mesir dan menundukkan ego Al-Ahly.

Akhirnya, bola sepak berupaya menjadi penyatu rakyat di Mesir walaupun mereka berbeza agama dan pandangan politik.

Negara yang baru keluar daripada bahang revolusi ini aktif mengeksport pemain-pemain ke luar Negara dan mempunyai ranking FIFA yang amat baik.

Ramadan Sobhi, Mohamed Elneny dan Mohamed Salah antara nama besar pemain mereka yang sedang berkhidmat untuk kelab-kelab elit seluruh Eropah.

Seharusnya kita mengambil sesuatu daripada negara yang pernah diketuai Presiden Morsy ini. Tahya misr!

Nota editor: Artikel ini merupakan penulisan saudara Luqman yang merupakan pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .