Permohonan 1000 Tiket Untuk Penyokong Kedah Ditolak

Permohonan kuota 1,000 tiket oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk perlawanan Piala Sumbangsih pada 3 Februari depan telah ditolak oleh pihak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menyebabkan sebahagian daripada penyokong Kedah meluahkan rasa kekecewaan mereka.

Menurut Pengerusi Kelab Penyokong Bolasepak Kedah Darul Aman, Nor Asmadi Hamzah berkata, jumlah kuota yang dihadkan hanya 200 orang sahaja jelas tidak adil bagi sebuah perlawanan yang berstatus merebut sebuah piala.

Beliau bercakap kepada Sinar Harian menyifatkan pembahagian tiket untuk perlawanan merebut sebuah piala jelas tidak adil.

“Sangat kecewa dengan keputusan tersebut kerana kuota sebanyak 200 orang gagal menampung sebahagian besar permintaan penyokong Kedah yang sudah merancang untuk ke Larkin sejak sekian lama.

“Keputusan itu jelas tidak adil buat kami dan kami berharap sebagai balasan JDT juga akan diberikan jumlah kuota penyokong yang sama pada aksi timbal balik di Stadium Darul Aman oleh KFA,” katanya.

Pengerusi Tiket dan Pintu Masuk KFA, Shaharol Niza Omar mengesahkan rayuan pihaknya sebelum ini telah pun ditolak JDT.

Beliau menasihatkan semua penyokong Kedah agar dapat merancang jadual ataupun mendapatkan jaminan mendapat tiket terlebih dahulu sekiranya tekad untuk ke Larkin bagi mengelakkan masalah pada hari perlawanan.

Badan pengendali Liga, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) mengesahkan juara Liga Super 2017, JDT sekali lagi akan berentap dengan juara Piala FA 2017, Kedah dalam perebutan piala sumbangsih musim 2018.

Menurut Peraturan Pertandingan Liga Malaysia, Manual Liga Malaysia 2017, pasukan yang layak ke Perlawanan Piala Sumbangsih adalah mengikut susunan berikut :

i. Johan Liga Super musim sebelumnya akan melawan Johan Piala Malaysia musim sebelumnya, atau;
ii. Johan Liga Super musim sebelumnya akan melawan Johan Piala FA musim sebelumnya, atau;
iii. Johan Liga Super musim sebelumnya akan melawan Naib Johan Piala Malaysia musim sebelumnya, atau;
iv. Johan Liga Super musim sebelumnya akan melawan Naib Johan Liga Super musim sebelumnya, atau pasukan yang diputuskan oleh Unit Pertandingan FMLLP.

Memandangkan Johan Liga Super 2017 dan Johan Piala Malaysia 2017 adalah Johor Darul Ta’zim (JDT). Maka perkara (ii) akan terpakai dengan Johan Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menentang Johan Piala FA 2017 iaitu pasukan Kedah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN