Permainan ‘Teruk’? Apa Kata Chong Yee Fatt Selepas Penang Gagal Tuai 3 Mata

Penang Negeri Sembilan permainan 'teruk' 2023

Sebilangan kecil penyokong Penang FC yang ditemui di Stadium Bandaraya meluahkan sedikit rasa kecewa dengan permainan ‘teruk’ barisan pemain.

Visual aksi permainan cantik ketika aksi persahabatan terutamanya di Piala Harapan 2023 sudah tidak kelihatan ketika bertemu Negeri Sembilan FC.

Namun, mereka tetap berpuas hati dengan komitmen pemain kerana ia tidaklah seburuk seperti permainan dipamerkan di kempen lepas. Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam aksi kedua Liga Super 2023.

Ia satu aksi yang mungkin mahu segera dilupakan oleh kedua-dua pasukan apabila kurangnya percubaan berbahaya mampu dicipta ke gawang lawan.

Keseluruhan aksi perlawanan lebih mendatar dengan kedua-dua pasukan dilihat kekurangan idea untuk mengasak lawan. Tidak banyak asakan dicipta sama ada oleh Penang mahupun Negeri Sembilan dengan bola dilihat lebih banyak berlegar dan dimatikan di kawasan middle third.

Tumpuan perlawanan lebih kepada kecederaan yang dialami penjaga gol pelawat, Sikh Izhan Nazrel pada minit ke-27 sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital. Selebihnya, hanya beberapa percubaan berbahaya mampu dicipta.

Kedua-dua penjaga gol juga menonjolkan prestasi baik dalam menafikan peluang yang terhad itu. Syafiq Afifi dan penjaga gol gantian, Muhaimin Mohamad terselamat waima ada situasi yang mampu merobek gawang.

Syafiq cemerlang di gawang Harimau Kumbang apabila menepis percubaan dimiliki Negeri Sembilan menerusi rembatan Casagrande di minit ke-56.

Sementara Muhaimin pula menepis rembatan deras ‘playmaker’ Penang, Adriano di minit ke-79 yang berakhir dengan bola singgah di palang.

Selebihnya, ia adalah perlawanan yang menunjukkan keampuhan benteng. Kedua-dua kubu dilihat bertahan dengan penuh berdisiplin dan teratur.

Pengendali tuan rumah, Chong Yee Fatt yang bercakap di sidang media mengatakan yang ini adalah corak permainan yang luar dari kebiasaan. Ia bukanlah permainan yang ‘teruk’ dari Penang tetapi banyak kesilapan.

Ini adalah perlawanan pertama di laman sendiri jadi mungkin kami sedikit tertekan untuk mendapat mata penuh. Ia bukan permainan yang biasa kami pamerkan. Kami kehilangan banyak bola. Mungkin kami terlalu terburu-buru menyebabkan kami hilang bola dan membuat banyak kesilapan,” ujarnya.

Bercakap tentang jentera serangannya, Yee Fatt berkata, “Untuk malam ini, tidak berpuas hati [prestasi jentera serangan],” tambahnya lagi sambil menekankan yang kehilangan banyak bola oleh barisan pemainnya menjadikan jentera serangan gagal mendapat umpanan yang diperlukan.

Beliau turut memuji barisan benteng pelawat yang dilihat berdisiplin dan tersusun sepanjang perlawanan sehingga menyukarkan skuadnya.

Bukan masalah kreativiti. Ini adalah perancangan kami selepas aksi dilihat agak tertutup. Kami perlukan pemain baru untuk menghidupkan semula pasukan. Ia berjaya dalam perlawanan pertama [berdepan KL City],” jelasnya tentang kemasukkan bekas ‘arkitek’ Harimau Muda, Nik Akif Syahiran.

Penang akan berkunjung ke tempat lawan selepas ini bertemu dengan Kelantan FC, sebelum bertemu Selangor FC di Stadium Bandaraya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN