Sabah semalam berjaya mencatat kemenangan keenam mereka dalam saingan Liga Super 2022 setelah membenam cabaran pelawat, Sri Pahang di Stadium Likas dengan keputusan 2-1.
Tampil dengan aksi menyakinkan pada separuh masa pertama dengan meledak dua gol, mereka hampir dihukum oleh Sri Pahang di separuh masa kedua setelah Sabah seolah hilang taring mereka setelah itu.
KEPUTUSAN MASA PENUH – LS10#LigaSuper2022 pic.twitter.com/e2ndTswnly
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 18, 2022
Perkara tersebut nyata mendapat perhatian serius daripada pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee apabila beliau memuji aksi yang dipamerkan oleh para pemain sebelum itu dengan mendominasi perlawanan dan mengubah peluang dalam bentuk gol di separuh masa pertama.
Namun pada pendapat beliau, pemain seolah hilang sedikit tumpuan di separuh masa kedua dengan memberi ruang buat lawan untuk meledak satu gol.
“Kita bermain begitu baik pada separuh masa pertama tetapi pada separuh masa kedua kita hilang rentak dan ambil mudah. Ini perlu menjadi satu pengajaran bahawa apabila kita mendahului (perlawanan) kita tidak boleh selesa.
“Situasi (kehilangan rentak) hampir menghukum kita apabila pasukan Sri Pahang berjaya mendapat satu gol dan memberi tekanan tetapi kita bernasib baik dapat mengekalkan bahagian pertahanan selepas itu,” katanya menerusi Arena Metro.
Pada perlawanan tersebut, dua gol sabah terhasil menerusi penyerang import mereka iaitu Neto Pessoa dan Taiki Kagayama di separuh masa pertama.
📸 AKSI PERLAWANAN LS10
SABAH FC 2-1 SRI PAHANG FC
MELAKA UNITED FC 0-0 NEGERI SEMBILAN FC#LigaSuper2022 pic.twitter.com/rH6F8aBh9W— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 18, 2022
Namun sedikit kealpaan mereka memberi ruang untuk Sri Pahang mengurangkan jumlah defisit gol dengan meledak jaringan menerusi sepakan penalti sumbangan pemain tengah berbakat, Manuel Hidalgo.
Untuk rekod, kini Sabah berjaya memintas Johor Darul Ta’zim untuk berada di persada liga dengan 18 mata berjaya dikumpul daripada lapan perlawanan dihadapi mereka.
Berada di tangga kedua merupakan JDT dengan 16 mata berjaya diraih daripada enam aksi dilalui mereka setakat ini dalam saingan Liga Super.
📊 KEDUDUKAN – LS10#LigaSuper2022 pic.twitter.com/wph3aWjjFZ
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 18, 2022
Dalam masa sama, pengendali Sri Pahang iaitu Christophe Gamel menganggap perlawanan semalam sebagai kurang baik buat pasukannya.
Jelas Gamel, mereka berjaya kembali untuk mendominasi perlawanan di separuh masa kedua. Namun ketumpulan jentera serangan membataskan pasukannya untuk sekurang meraih satu mata di gelanggan lawan.