Perlu Bagi Lebih Ruang Buat Liridon Krasniqi Dan De Paula?

Liridon Krasniqi Guilherme de Paula Malaysia Baharain UAE 2021

Masihkah ada ruang untuk pemain naturalisasi baharu negara, Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula untuk diturunkan dalam perlawanan kelayakan selepas ini?

Malaysia tewas besar dalam aksi ke-6, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 kepada UAE dengan keputusan 0-4 pada aksi yang berlangsung awal pagi tadi. Kedua-dua pemain telah diberi ruang untuk membarisi kesebelasan utama skuad negara.

Dalam aksi tersebut, Liridon Krasniqi telah diletakkan bersama Nor Azam Azih dan Syamer Kutty di jentera tengah, sementara de Paula pula menjadi penyerang tunggal dengan menerima sokongan daripada Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh.

Ketiga-tiga pemain tengah dilihat seolah-olah hanya menjadi pemerhati di dalam padang. Jarang sekali melihat mereka menekan pemain lawan, malah tiada hantaran-hantaran ke depan dicipta mereka untuk membuka ruang atau mencipta peluang.

Liridon Krasniqi yang meraih kaps antarabangsanya yang kedua malam tadi dilihat terus hilang sebagaimana dalam aksi pertamanya ketika tunduk 0-2 kepada Bahrain. Menggantikan Brendan Gan, beliau tentunya sudah tahu jangkaan semua kepadanya.

Tiada tenaga langsung daripada bahagian tengah dan penguasaan perlawanan terus diberikan secara mutlak kepada UAE sehingga menyaksikan mereka mengawal lebih 70 peratus kawalan bola. Sangat mengejutkan bagi pasukan ‘lebih baik’ Malaysia.

Mengapa dikatakan skuad yang lebih baik? Kerana kali ini, Malaysia dibarisi bukan sahaja satu pemain naturalisasi sebagaimana aksi pertama sebelum ini, Harimau Malaya kini memiliki tiga pemain naturalisasi, malah pemain kacukan baharu.

Dion Cools diterbangkan khas sebagai pemain ke-26 ke Dubai, UAE selepas selesai proses dokumentasinya untuk membolehkannya membarisi skuad negara. Pemain kacukan Malaysia-Belgium itu berpengalaman beraksi di UEFA Champions League.

Begitupun, Dion Cools yang berganding bersama Aidil Zafuan dan kemudian Junior Eldstal di bek tengah menerima mimpi ngeri apabila dibolosi empat gol. Prestasinya tidaklah terlalu buruk, tetapi benteng negara tiada sokongan daripada tengah.

Mereka dibiarkan terdedah dengan tekanan pihak lawan bersendirian dan berjuang tanpa bantuan sepenuhnya. Farizal Marlias juga telah beberapa kali dilihat menjadi penyelamat daripada dibolosi dengan kecemerlangannya menyelamatkan percubaan.

Untuk de Paula pula, tiada apa mampu diucapkan dengan penampilan sulungnya bersama Harimau Malaya. Sebagaimana Liridon Krasniqi, beliau dilihat hanya banyak menjadi pemerhati, malah tidak menggugat langsung gawang pihak lawan.

Di babak kedua, seolah-olah beliau langsung tiada dalam pasukan. Adakah pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe masih akan memberikan mereka peluang berdepan Vietnam dan Thailand selepas ini? Ada ruang buat mereka untuk turun bermain?

Hanya Cheng Hoe ada jawapannya. Tetapi daripada pemerhatian perlawanan yang boleh dianggap sangat penting awal pagi tadi, kedua-dua pemain gagal. Malah, keseluruhan skuad kebangsaan tidak mampu mengulangi aksi seperti pada 2019.

Baca lagi artikel lain mengenai Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula:

Tanpa Brendan Gan, Adakah Liridon Taruhan Terbaik Sebagai ‘Pencatur’

Kehadiran Guilherme De Paula Diharap Dapat Bantu Skuad Kebangsaan

Skuad Harimau Malaya Kena Banyak Cipta ‘Penetrating Pass’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN