RASMI: Perlis Lepaskan Zafuan Azeman Ke Pulau Pinang

Sebelum ini kita sering mendengar khabar mengenai bekas pemain Kedah iaitu Zafuan Azeman yang baru saja menyertai Perlis.

Namun apa yang pelik mengenai situasi beliau adalah, beliau menyertai Perlis tetapi Zafuan berlatih bersama pasukan Pulau Pinang.

Hal ini berlaku selepas gambar pemain itu sedang berlatih bersama-sama skuad Harimau Kumbang itu disiarkan secara terbuka di laman Facebook pasukan tersebut.

Gambar: FA Penang

Kini, pihak Perlis secara terbuka mengeluarkan kenyataan untuk melepaskan pemain tersebut ke pasukan Pulau Pinang.

Kontrak Zafuan bersama-sama Perlis ditamatkan atas persetujuan bersama untuk membolehkan pemain itu menyertai Pulau Pinang.

Tujuan penamatan kontrak secara persetujuan ini dilakukan atas alasan Zafuan mahukan lebih minit untuk beraksi demi mencerahkan peluangnya untuk beraksi di luar negara.

“Pihak Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) ingin menjelaskan bahawa pemain Perlis Northern Lions, Zafuan Azeman akan dilepaskan kepada pasukan Pulau Pinang atas persetujuan bersama antara kedua-dua pihak tanpa syarat.”

“Langkah ini diambil kerana Zafuan memerlukan lebih banyak peluang bermain untuk merealisasikan impian beliau bermain di luar negara pada masa hadapan.”

“Oleh yang demikian, PFA mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada beliau. Demimu Kuning Biruku.”

Zafuan yang sebelum ini menyertai pasukan Kedah pernah menyertai sesi percubaan bersama pasukan luar negara namun gagal mendapatkan kontrak bersama pasukan tersebut.

Jadi musim 2019 ini merupakan tempoh penting untuk beliau bangkit semula dengan beraksi cemerlang di saingan tempatan sebelum kembali memikirkan prospek beraksi di luar negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN