Perlis Intai Khidmat Safee Sali Untuk Perkuatkan Jentera Serangan

Skuad singa utara kelihatan begitu serius untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan bola sepak Perlis apabila menandatangani beberapa bintang bola sepak tempatan bagi menguatkan pasukan itu menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai gambar Presiden Persatuan Bola Sepak (PFA), Datuk Ahmad Amizal bersalaman dengan bekas kapten Kelantan, Badhri Radzi sekaligus mengesahkan status beliau sebagai pemain baharu Perlis.

https://twitter.com/mysoccerleague/status/1070205849920884736

Selain Badhri Radzi, beberapa pemain ternama turut menyertai skuad Singa Utara bagi saingan musim 2019. Antaranya ialah  bekas penyerang skuad kebangsaan, Khyril Muhymeen, bekas pemain Melaka United, Azmi Muslim, Fauzi Roslan dan bekas penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat.

Tidak cukup dengan itu, Perlis kini sedang memancing khidmat penyerang tempatan yang berpengalaman luas di pentas antarabangsa iaitu Safee Sali bagi menguatkan jentera serangan pasukan.

“Safee Sali turut berada dalam radar kita dan berharap beliau dapat menyertai PFA,” kata Amizal kepada utusan malaysia.

Safee Sali merupakan bekas penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 dan pernah beraksi di Liga Indonesia dengan pasukan Pelita Jaya FC.

Isu bayaran gaji tertunggak pemain Perlis sudah selesai

Walaupun timbul khabar angin mengatakan Perlis masih mempunyai tunggakan gaji dengan pemain lama, Datuk Ahmad Amizal menegaskan bahawa isu pembayaran gaji tertunggak melibatkan para pemainnya telah dianggap selesai ekoran perjumpaan dengan mereka baru-baru ini.

Antara pemain baharu yang menyertai skuad singa utara. FOTO: PFA

Katanya, kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama dan menandatangani kontrak berkaitannya.

“Dalam perjanjian (kontrak) itu, 95 peratus pemain yang merupakan anak Perlis ditawarkan bermain (dan bergaji) bersama pasukan Singa Utara pada musim depan,” jelasnya.

Menurut laporan media, beberapa pemain Perlis musim 2018 mengakui kecewa kerana tidak terpilih mengikuti sesi latihan bagi musim depan yang dikatakan sudah pun bermula.

Ahmad Amizal menjelaskan para pemain itu tidak dipanggil menjalani latihan kerana sesi latihan yang sebenar hanya akan bermula pada minggu hadapan.

“Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada kapten pasukan dan pemain mengetahuinya dengan jelas,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya akan menguruskan pembentukan pasukan utama terlebih dahulu yang diikuti Perlis Nothern Lions 2, Belia, Presiden dan Singa Muda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN