Perlis FA Semakin Lumpuh, 8 Pemain Sah Tinggalkan Skuad Singa Utara

Bekas kapten Kelantan, Badhri Radzi atau dipanggil sebagai Piya mengesahkan 8 orang pemain sah meninggalkan pasukan Perlis susulan masalah tunggakan gaji  yang membelenggu pasukan itu.

Malah, beliau sendiri turut meninggalkan pasukan tersebut dan kemungkinan akan menyertai Kelantan atau kelab Kelantan United yang beraksi dalam saingan Liga Divisyen 3 (Liga M3).

Menurut Berita Harian, semalam adalah latihan terakhir beliau bersama skuad kendalian Manzoor Azwira Abd Wahid dan akan menghantar surat pelepasan kepada Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).

“Saya memang sudah angkat kaki (tinggalkan Perlis) dan hari ini (semalam) adalah hari terakhir. Hala tuju seterusnya mungkin bersama Kelantan atau Kelantan United.

“Kelmarin saya sudah jumpa Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Red Warriors Sdn Bhd (Fazli Mohammad). Kalau diikutkan saya setuju dengan syarat dia berikan dan kini hanya menunggu jawapan daripada pihaknya pula.

“Sekarang ini pemain (Perlis) semakin lama semakin tiada dan sekarang ini pun tinggal berapa kerat saja. Tujuh hingga lapan pemain sudah keluar dan saya difahamkan ada beberapa pemain lain lagi akan menyusul.” jelasnya.

FOTO: Northernlions Perlis

Beliau turut mendedahkan pemain Perlis telah membuat permintaan kepada badan pengendali liga, Malaysia Football League (MFL) supaya melanjutkan tempoh pendaftaran yang sepatutnya berakhir hari ini, untuk memberi ruang kepada mereka mencari pasukan baharu.

“Saya difahamkan permintaan kepada MFL ini dibuat oleh pemain Perlis sendiri. Jadi bagi saya berilah kelonggaran kepada pemain Perlis yang semua tahu berdepan masalah dalam pasukan ketika ini.

“Tapi saya difahamkan MFL juga sedia memberi kelonggaran itu kepada pemain Perlis saja dan pemain pun dilihat tidak tergesa-gesa untuk mencari pasukan baharu,” katanya.

Gaji

KAFA mahu Piya hormat kontrak dengan PFA

Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan mengesahkan pihaknya ada menghubungi Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie bagi berbincang mengenai kemasukan pemain tengah tersebut.

“Kita kena hormati kontrak Piya dengan majikannya dan kita jangan mengambil kesempatan ke atas persatuan bola sepak negeri yang sedang mengalami masalah dalaman.

“KAFA juga harus meneliti terma dan syarat kontrak pemain sama ada Piya boleh dilepaskan dengan persetujuan bersama dengan majikannya (PFA),” katanya dihubungi oleh Berita Harian.

“Beliau (Ahmad Amizal) mengesahkan kontrak Piya tidak dinyatakan secara rasmi jika tidak mendapat bayaran gaji dua bulan beliau boleh bermain dengan pasukan lain sesuka hati.

“Malah KRW perlu mempertimbangkan beberapa perkara sebelum menyatakan hasrat mendapatkan khidmat Piya agar pisang tidak berbuah dua kali.

“Piya juga pernah menyatakan beliau tawar hati untuk bermain dengan pasukan Kelantan apabila KAFA sebelum ini pernah memanggil beliau (Piya) untuk berbincang berhubung masa depannya bersama pasukan ini,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN