Perlis FA Perkenalkan Logo Baharu Skuad Northern Lions

Setelah melakukan perubahan besar-besaran dengan membawa masuk beberapa bintang ternama tempatan, Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) sekali lagi melakukan kejutan apabila melancarkan logo baharu Perlis Northern Lions sebagai langkah untuk penjenamaan semula pasukan itu.

Pengumuman mengenai penggunaan logo baharu bermula musim depan itu dibuat oleh Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit di Stadium Tuanku Syed Putra ketika perlawanan persahabatan menentang Pulau Pinang semalam.

Malah, mereka juga akan menggunakan tagline terbaharu iaitu “Demimu Kuning Biruku” bukan lagi “Ghempoh perlih ghempoh”.

Perlis mendapat tiket beraksi di Liga Premier musim depan selepas skuad Singa Utara itu memenuhi kriteria ditetapkan oleh Malaysia Football League (MFL) terutama membabitkan aspek kewangan pasukan yang dilihat kukuh untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Mereka akan menggantikan slot Kuantan FA yang telah menarik diri akibat masalah kewangan yang serius ketika saingan Liga Premier masih berlangsung musim ini.

Bagaimanapun, melalui kenyataan daripada MFL, Perlis FA perlu menjelaskan tunggakan gaji yang dihadapi pasukan itu dalam tempoh 60 hari dengan agihan kewangan untuk pasukan itu akan dijadikan cagaran jika mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan.

Ahmad Amizal menjelaskan mereka komited untuk menyelesaikan tunggakan gaji yang melanda pasukan itu meskipun ia berlaku sebelum kepemimpinan baharu dilantik.

“Kami akan berbincang dengan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji di bawah kepemimpinan lama PFA.

“Walaupun ini bukan masalah kepemimpinan baharu tetapi atas dasar tangggungjawab, kami sedia untuk selesaikan masalah ini dan mengharapkan ia dapat diselesaikan secara harmoni,” katanya.

Presiden PFA yang baharu, Datuk Ahmad Amizal Shaifit FOTO: PFA

Pada aksi perlawanan persahabatan semalam, skuad singa utara menguji pemain import baharu dan juga bekas penyerang skuad kebangsaan Thailand iaitu Kirati Kaewsombat. Kirati merupakan sebahagian daripada skuad kebangsaan Thailand ketika dalam saingan Piala Suzuki AFF pada tahun 2010, 2012 dan juga 2014.

Perlis musim depan turut dibarisi oleh seorang lagi bekas penyerang skuad kebangsaan iaitu Safee Sali dan Khyril Muhymeen serta bekas kapten Kelantan, Badhri Radzi.

Meskipun dilabelkan sebagai pasukan ‘kuda tua’, dengan kehadiran pemain yang berpengalaman ini mampu membimbing pemain muda mereka untuk beraksi dengan lebih baik bagi mencapai pelbagai kejayaan di masa depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN