Perlis FA Mahu Bertemu Badhri Radzi Untuk Menandatangani Kapten Legenda Kelantan Itu

kapten, piya

Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie memberitahu media bahawa beliau akan memulakan langkah untuk mendapatkan Bahdri Radzi. Ini selepas beliau mendapat tahu pemain tersebut tidak menolak kemungkinan untuk menyertai pasukan Perlis.

Sehubungan dengan itu, Datuk Ahmad Amizal mahu mengambil langkah pro aktif. Beliau akan cuba bertemu dengan Bahdri Radzi dalam masa terdekat ini. Dipetik dari Utusan Online, beliau berkata:

“Saya ada baca berita mengenai kesediaan Piya menyertai Perlis semalam dan kita cukup gembira. Kita akan merangka satu pertemuan dengan Piya [Badhri Radzi] dalam tempoh terdekat ini.”

Badhri Radzi sebelum itu memberitahu bahawa beliau masih mahu bermain dalam saingan liga Malaysia. Badhri Radzi disisihkan daripada pasukan utama Kelantan pada musim 2018 selepas Fajr Ibrahim menyatakan pemain itu tiada dalam perancangan beliau.

Badhri Radzi tidak menyertai mana-mana pasukan seperti mana Nor Farhan yang menyertai DA’R Wanderers – dan juga Khairul Fahmi yang menyertai Melaka United.

Peluang untuk beraksi dengan Perlis dianggap Bahdri Radzi sebagai mengejutkan beliau – kerana masih ada pasukan mahukan khidmat beliau. Nama Badhri Radzi bukannya asing dalam kancah bola sepak tempatan.

Beliau merupakan kapten paling berjaya dalam sejarah bola sepak Kelantan. Badhri Radzi pernah mengetuai pasukan treble Kelantan pada 2012.

Kredit: Pemilik gambar

Badhri Radzi juga pernah menyatakan beliau yakin masih mampu beraksi dalam kancah bola sepak profesional dalam masa beberapa tahun lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN