Perlis FA Kecewa Pemain Buat Kenyataan Media Mengenai Tunggakan Gaji

Semalam media tempatan melaporkan 18 orang pemain Singa Utara ibarat digantung tidak bertali kerana masih belum menerima tunggakan gaji seperti dijanjikan oleh pengurusan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).

Apa yang menyedihkan mereka tidak dapat hadir ke sesi latihan di Kuala Lumpur kerana tiada wang untuk menampung kos pengangkutan dan penginapan di sana serta terpaksa meneruskan hidup dengan bekerja sebagai nelayan, buruh kasar dan berniaga kecil-kecilan.

Mengulas mengenai isu tersebut, Timbalan Presiden PFA, Mohd. Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan berkata dalam kenyataan media hari ini, pihaknya kecewa dengan tindakan pemain tersebut yang membuat kenyataan media berhubung isu tersebut.

Kata beliau, sehubungan itu, pihaknya akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang dalam isu berkenaan yang disifatkan telah mencemarkan nama baik PFA yang baru melalui proses transformasi.

“Kita juga meminta agar para peminat tidak mudah melatah dalam isu ini (tunggakan gaji) kerana terdapat perkara dalaman yang tidak disentuh pemain yang seolah-olah hanya menampakkan kesalahan PFA sahaja.

“Kepemimpinan baharu di bawah presiden sentiasa memberikan yang terbaik walaupun baru tiga bulan mengambil alih pentadbiran. Beri peluang kepada pengurusan baharu untuk menguruskan Singa Utara yang sudah lama tidur. Berilah peluang untuk kami bangkit,” katanya dalam satu kenyataan media.

https://twitter.com/perlisfootball/status/1085396321526341633

Menurut sumber, pemain tersebut sepatutnya menerima tunggakan gaji antara empat hingga tujuh bulan. Ia berdasarkan kontrak yang ditandatangani mereka berkuat kuasa 1 Disember lalu.

Karim Khan menjelaskan PFA telah memanggil wakil pemain FAM, Piala Presiden dan Belia 2018 pada satu perjumpaan khas pada 7 Januari lalu untuk memberi penerangan berkaitan masalah kelewatan pembayaran dan tunggakan gaji pemain yang sepatutnya dibayar pada hari berkenaan seperti terkandung di dalam kontrak.

Namun hanya wakil pemain Piala Presiden dan Belia sahaja yang hadir pada masa berkenaan.

Beliau juga memberi amaran kepada para pemain pasukan Perlis agar mendapat maklumat sahih daripada pihak pengurusan dan sebarang kenyataan negatif yang diberikan kepada media tidak akan menyelesaikan sebarang masalah berbangkit.

Tidak hadir di Kuala Lumpur punca pihak pengurusan cari pemain baharu

Sementara itu, ketua jurulatih pasukan Perlis Northern Lions II (PNL 2), Hamizar Hamzah menyifatkan tindakan pemain tersebut berjumpa dengan pihak media dan menyalahkan pihak pengurusan adalah tidak adil kerana ada isu dalaman yang tidak didedahkan untuk pengetahuan penyokong.

https://twitter.com/perlisfootball/status/1085439403298762752

Beliau mendakwa hanya 3 orang pemain sahaja daripada jumlah 35 pemain daripada skuad Piala FAM 2018 yang melaporkan diri untuk sesi latihan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

“Tindakan mereka ini menyebabkan pihak pengurusan PFA dan barisan kejurulatihan mengambil keputusan untuk mencari pemain-pemain baharu bagi menggantikan pemain PNL 2 yang seakan-akan memboikot sesi latihan di Universiti Malaya dan dilihat tidak berminat mewakili PNL 2.

“Mereka telah memboikot sesi latihan sekaligus menjejaskan operasi pasukan namun mereka masih mahu menuntut gaji mereka,” katanya dalam kenyataan media.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN