FMLLP Bakal Rombak Perlembagaan, 6 Pasukan Perolehi Peluang Kedua

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah FMLLP sebentar tadi telah menampilkan beberapa keputusan mengenai pertandingan Liga Malaysia 2018.

Selesai mesyuarat yang dipengerusikan sendiri oleh Pengerusi FMLLP, DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), satu sidang media khas telah diadakan.

Antara intipati sidang media tersebut ialah mengenai hukuman yang bakal menanti empat pasukan yang lambat melengkapkan pendaftaran dan 6 lagi pasukan yang masih gagal melengkapkan pendaftaran masing-masing.

Sumber: FMLLP, Facebook.

Untuk pasukan yang masih gagal melengkapkan pendaftaran, ‘suspended point’ akan dikenakan. Ini adalah untuk memberikan peluang kedua kepada setiap pasukan beranding peluang kedua dalam melegkapkan pendaftaran masing-masing.

Suspended point bermakna hukuman dikenakan di dalam bentuk hukuman tertangguh.

Hukuman potongan mata hanya akan diambil selepas pasukan yang masih gagal melengkapkan pendaftaran selepas tarikh baru yang akan ditetapkan.

Selain daripada itu, TMJ turut mengesahkan bahawa panggilan ‘feeder club’ kini akan dipanggil sebagai pasukan simpanan (reserve team).

Ini adalah kerana FMLLP terikat dengan perjanjian bersama La Liga untuk membangunkan bola sepak negara untuk tempoh 50 tahun akan datang. Sehingga kini, hanya JDT dan Terengganu yang mempunyai pasukan simpanan sedemikian.

Perkara lain yang turut dibincangkan ialah mengenai tajaan yang akan diagihkan kepada setiap pasukan, dengan beberapa terma dan syarat akan diubah untuk tujuan penambahbaikkan.

Antara perkara yang diberikan penekanan ialah penambahbaikkan fasiliti sedia ada, dan pembangunan peringkat akar umbi yang wajib diberikan penekanan oleh setiap pasukan.

Dalam sidang media yang sama, CEO FMLLP, Kevin Ramalingam turut mengesahkan perlembagaan FMLLP akan diubah dalam kongres yang akan diadakan pada 25 Mac hadapan.

Antara perlembagaan yang dipinda ialah, 24 wakil pasukan di dalam FMLLP, akan mengundi Pengerusi Presiden FMLLP akan datang.

Langkah ini adalah untuk memisahkan jawatan Presiden FAM dan juga jawatan Pengerusi FMLLP yang dipegang oleh individu yang sama, sepertimana yang terkandung di dalam perlembagaan FMLLP pada hari ini.

Perkara lain yang akan dirombak, ialah mewujudkan perlembagaan agar persatuan dan ahli gabungan FMLLP tidak dipengaruhi oleh organisasi lain yang tidak terlibat di dalam anasir bola sepak.

(Photo by Valery MatytsinTASS via Getty Images)

Selain daripada untuk mengelak salah tanggap dan ‘conflict of interest’, ia adalah untuk memastikan FMLLP kekal sebagai sebuah badan bebas dalam urus tadbir bola sepak negara.

Bagaimanapun, TMJ tidak menolak kemungkinan baginda akan terus memegang jawatan pengerusi FMLLP pada masa akan datang sekiranya itu yang dikehendaki oleh wakil 24 pasukan dan jaminan kepada penaja sedia ada di Liga Malaysia.

Bagaimanapun, menjadi tanda tanya, sama ada TMJ akan melepaskan jawatan sebagai Presiden FAM, jika perlembagaan FMLLP mahu jawatan Presiden FAM dan Pengerusi FMLLP dipisahkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN