Perlawanan Terakhir Wayne Rooney Di MLS Berakhir Dengan Kekalahan Teruk

Wayne Rooney dianggap sebagai antara nama besar ketika menyertai DC United untuk beraksi di Major League Soccer (MLS), dan kini karier bekas kapten England ini sudah berakhir di negara Uncle SAM itu.

Penyerang berusia 33 tahun itu akan menyertai Derby County sebagai pemain merangkap jurulatih pada Januari hadapan.

Malangnya karier Rooney di MLS berakhir dengan kekalahan besar 5-1 di tangan Toronto FC dalam perlawanan play-off.

Pemain itu akhirnya akan kembali ke England selepas 18 bulan di Washington.

“Wayne [Rooney] memainkan peranan yang besar untuk membantu kelab ini,” ujar pengurus DC United, Bel Olson.

Namun Rooney yang merupakan penjaring terbanyak DC United dengan 11 gol gagal membantu DC United melepasi play-off untuk layak ke separuh akhir Eastern Conference buat musim kedua berturut-turut.

Dalam perlawanan tersebut, DC United berjaya memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan selepas gol minit ke-93 Lucas Rodriguez membatalkan jaringan babak pertama perlawanan Marco Delgado.

Namun pasukan tuan rumah mendominasi aksi di masa tambahan, dan menjaringkan empat gol di dalam tempoh 12 minit. Malang DC United dilengkapkan apabila Paul Arriola menerima arahan keluar padang oleh pengadil.

Toronto akan menentang New York City FC di perlawanan akhir Eastern Conference pada Rabu untuk berpeluang muncul juara MLS pada 10 November hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN