Perlawanan Terakhir Skuad Singa Utara Malam Ini?

Baru-baru ini dua bekas pemain skuad kebangsaan, Safee Sali dan Badhri Radzi mendedahkan kepada media tempatan mereka masih belum menerima gaji pertamanya selepas 2 bulan menyertai pasukan Perlis.

Malah, Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mengesahkan mereka telah dihubungi oleh Safee Sali yang meminta khidmat nasihat mereka berkenaan dengan isu tunggakan gaji.

Selain itu, Badhri atau Piya dan beberapa pemain lain akan membuat keputusan untuk angkat kaki meninggalkan pasukan itu jika Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) masih gagal melunaskan gaji mereka seperti yang dijanjikan.

“Sudah dua bulan saya bersama Perlis, sehingga kini satu sen pun saya belum terima daripada mereka. Sudah beberapa kali mereka menangguhkan dan terkini, pengurusan berjanji akan membayar pada 3 Februari (esok).

“Tapi, esok adalah cuti hujung minggu, sebarang urusan bank tidak dapat dijalankan. Selepas itu, kita akan cuti Tahun Baru Cina pula. Jadi, kita tunggu dan lihat.

“Kami, pemain-pemain senior sudah sepakat hanya memberi peluang sehingga perlawanan pertama menentang UKM, malam esok (hari ini).

“Jika selepas perlawanan itu keadaan tidak berubah, saya akan angkat kaki. Setakat ini sudah ada pihak yang mahu membantu saya menyertai pasukan lain,” katanya seperti dipetik dalam La Bola Malaya.

Jersi baharu Perlis FA 2019. FOTO: Northernlionsperlis

Walaupun skuad singa utara akan menghadapi perlawanan pertama Liga Premier 2019 menentang UKM FC malam ini, Piya menegaskan mereka tetap professional dan akan memberikan yang terbaik untuk memburu 3 mata penuh.

Beliau juga menafikan khabar angin yang mengatakan pemain perlis akan melakukan ‘protes’ dengan memberikan kemenangan percuma kepada pasukan lawan.

“Kami pemain profesional. Memang kami kecewa dengan situasi yang berlaku sekarang namun ia tidak sesekali akan menyebabkan kami menggadai maruah dengan memilih untuk kalah sebagai protes.

“Sebaliknya, kami mahu membuktikan kepada pengurusan bahawa kami sudah menjalankan tanggungjawab kami sebagai pemain dan mahu mereka pula menjalankan tanggungjawab mereka sebagai majikan.

“Kemenangan ke atas UKM sangat penting bagi kami jadikan modal untuk menuntut hak kami,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN