Sebagai peminat bola sepak, kita pasti akan mempunyai beberapa perlawanan yang menjadi kenangan manis kepada kita bukan?
Perlawanan itu mungkin boleh menjadi perlawanan yang memberikan kejuaraan kepada pasukan, atau menyelamatkan pasukan dari tersingkir ke liga bawahan.
Memandangkan Liga Malaysia sedang berehat, penulis mengambil pendekatan berbeza untuk bercerita mengenai liga tempatan walaupun di luar musim.
Penulis telah bertanyakan kepada para pembaca Semuanya BOLA di Facebook dan juga Twitter mengenai perlawanan Liga Malaysia yang manakah paling diingati oleh mereka semua.
QUOTE TWEET:
Perlawanan Liga Malaysia manakah yang paling menarik pernah anda tonton dan kenapa?
Tidak kisah samada di stadium atau hanya menonton di tv.
(Gambar sekadar hiasan)
📷: @FourFourTwo #ResponTwitterSB #SemuanyaBOLA pic.twitter.com/1L69JPmVQK— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 27, 2017
Tidak kira dari musim bila, Liga Super atau Piala Malaysia. Jom baca respon dari anda. Mana tahu, respon anda terpilih masuk ke dalam artikel ini?
Bangkit dari kejatuhan
Salah satu nikmat terindah ketika menonton perlawanan bola sepak adalah pasukan kita menang selepas ketinggalan bukan?
Bermula dengan bermain buruk, selepas itu bangkit untuk mencapai kemenangan pada separuh masa kedua.
Perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2014 antara ATM dan Lions XII merupakan antara pilihan pembaca kami.
Hampir saja tewas, tandukan minit akhir Marlon Alex James berjaya mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.
ATM kemudiannya menang 5-4 menerusi sepakan penalti dan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2014.
Bagi penyokong Perak pula, kebangkitan menakjubkan pada suku akhir kedua Piala Malaysia 2017 menentang Pahang merupakan antara kemenangan termanis pernah dimiliki mereka.
Perak buat comeback vs Pahang dekat Ipoh waktu suku akhir Piala Malaysia. 4 – 0 senyum lebar! https://t.co/zdKOk1Wdwc
— ∆iDɛɛD (@adyvyruz) December 27, 2017
Tewas 3-1 di Kuantan sebelum menang 4-0 di Ipoh. Comback is real kate deme!
https://twitter.com/hafizanchimidin/status/946017697816440832
Tak boleh dilupakan, kemenangan masyhur Pahang di Darul Makmur ke atas JDT dalam aksi Liga Super.
Ketinggalan 0-2 hasil jaringan Safiq Rahim dan juga Norshahrul Idlan Talaha, Pahang kembali bangkit dengan jaringan Fauzi Roslan, Faizol Hussien dan juga R. Surendren untuk menghasilkan salah sebuah perlawanan terbaik dalam sejarah Liga Super!
Pihak lawan diratah!
Ramai juga pembaca kami yang gemarkan perlawanan yang berakhir dengan lawan mereka dibelasah teruk.
Antara yang popular apabila JDT dibelasah teruk 6-1 oleh Kelantan di Kota Bahru!
Game Piala Malaysia Kelantan vs JDT yg menyaksikan Kelantan menang besar 6-1 💪🏻👍🏻 https://t.co/dbuJAZKLb3
— Häkim (@hakim_mdariffin) December 27, 2017
Masa kelantan menang 6-1 dgn JDT kat kota bharu. Perlawanan paling menarik tgk depan mata. Juga paling diingati sampai bila2 sebab keluar je stadium tgk moto dah takde kena rembat 😌 https://t.co/h7rtYWYxZg
— poksey™ (@poksey_) December 27, 2017
Bola Kelate lawan JDT 2013.Time tu https://t.co/iuIrFHNUfY,live masa tu memang kemah.Gambar cantik. https://t.co/VbGwgwOcVu
— jeeq (@halhaziq) December 27, 2017
Sekali lagi melibatkan JDT, kali ini ketika menentang Selangor. Bagi penyokong Selangor, kemenangan 4-1 di Shah Alam cukup bermakna buat mereka.
S. Kunanlan, Forkey Doe, Mahalli Jasuli dan juga Amri Yahyah berjaya menjaringkan gol dalam aksi Liga Super 2013 itu.
Selangor vs jdt dekat stadium shah alam, selangor menang 4-1 sebab time tu ultrasel buat banner besar barisan pemain selangor, pada masa yg sama star selangor masa tu semua keluar ke jdt
— Mekky (@nazmil77) December 27, 2017
https://twitter.com/tunismail13/status/946017114040672256
Jika jaringan 6-1 sinonim dengan kemenangan Kelantan ke atas JDT, ia juga ada nilainya bagi penyokong Sarawak.
Walaupun Sarawak kini seperti hilang taringnya, tetapi kenangan membelasah Perak 6-1 dalam saingan Piala Malaysia 2013 sentiasa mekar di hati peminat mereka.
Perlawanan akhir yang epik
Berbicara mengenai perlawanan akhir, saingan Piala Malaysia mahupun Piala FA Malaysia banyak memberikan kenangan indah buat para peminat bola sepak negara.
Perlawanan akhir Piala FA 2011 antara Kelantan dan Terengganu antara yang menjadi pilihan ramai pembaca Semuanya BOLA.
https://twitter.com/AfiqShari/status/946032439008280576
Di kala penyokong Terengganu ada yang sudah pulang kerana sangka pasukan mereka sudah tewas, muncul gol sendiri Daudsu Jamaluddin memberikan ‘talian hayat’ kepada skuad Penyu.
Memasuki masa tambahan, gol dari Ahmad Nordin Alias memberikan kejuaraan buat Terengganu.
Jika Terengganu merupakan juara Piala FA Malaysia bagi 2011, mereka merupakan pasukan yang tewas pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011.
https://twitter.com/SyahrulAshraff/status/946035892770058241
Final Piala Malaysia 2011 . Bila Negeri Sembilan buat comeback dan gol bicycle kick Hai-O tu melengkapkan malam gemilang n9 💯 https://t.co/YwGDGGGsda
— minracles (@520_mjj) December 27, 2017
Antara perlawanan akhir yang diingati ramai pembaca kami, gol akrobatik Hairuddin Omar memberikan gelaran Piala Malaysia kedua dalam tempoh 3 tahun!
Bagi penyokong Kelantan, perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 merupakan aksi perlawanan yang cukup bermakna buat mereka.
Final Piala Malaysia 2012. Kelantan 3-2 ATM. Saling berbalas gol. Paling penting, gol indra lawa 😍 https://t.co/eQ7qG2JLPu
— Faris Muqmin Jaafar (@farisfmj) December 27, 2017
Kelantan vs ATM. Final Piala Malaysia 2012. Boleh di kira ‘dream final’ sebab both teams saling membalas gol.
Matyo, Rezal Zambery, Marlon Alex James.
Paling power gol minit 96 Indra Putra. https://t.co/Vh1lP9zFZk
— Muhd Syahmi (@_dearsyahmi) December 27, 2017
Gol dari Indra Putra bukan sahaja memberikan kejuaraan kepada mereka, malah melengkapkan gelaran treble mereka pada musim tersebut!
Perlawanan ini juga berjaya membuka hati seorang peminat bola sepak tempatan untuk terus mengikut kancah Liga Malaysia dengan lebih dekat.
https://twitter.com/_HasifFarhan/status/946031778715680768
Satu lagi perlawanan yang diingati adalah perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 antara Pahang dan juga JDT.
Beraksi dengan 10 pemain, Pahang berjaya bangkit untuk menjuarai Piala Malaysia menerusi penentuan sepakan penalti!
Perlawanan-perlawanan lain?
Bahagian ini boleh dikatakan sebagai ruangan honorable mentions untuk perlawanan-perlawanan tertentu.
Sebagai contoh perlawanan Liga Super 2016 melibatkan Pulau Pinang menentang Pahang. Perlawanan ini akan sentiasa diingati kerana terhasilnya jaringan bertaraf dunia oleh Faiz Subri.
https://www.youtube.com/watch?v=CEja1c_9vqA
Ada juga yang terkenang saat Melaka United diangkat tarafnya ke Liga Perdana. Semuanya menerusi tandukan Nurshamil Ghani!
final Piala FAM 2015 , time tu seri 2-2 . Minit 90 Melaka dapat penalti , keeper save pastu dapat corner kick . Striker Melaka time tu Nursyamil header bola corner terus masuk gol . Epic gol last minit . Perlis kalah 3-2 https://t.co/vWLE5jX00L
— syahirjuhari 🇲🇾 (@syahirjuhari) December 28, 2017
Ada juga yang sukakan perlawanan yang “senyap dan tenang” seperti pemuda ini.
https://twitter.com/cheryna27/status/946031894977581056
Ada juga yang menangis gembira melihat pasukan pujaannya iaitu Perlis mendakap Piala Malaysia.
https://twitter.com/ChulikaLapista/status/946036233460785155
Bagi penyokong Pulau Pinang, kejayaan menewaskan musuh tradisi sememangnya digemari mereka!
Penang vs Kedah 2016 . Penang 3-2 Kedah . Sampai skrg takleh move on dgn perlawanan tu . Sengit gila . Stadium full house . Berharap sgt Penang dpt kembali ke Liga Super dan layak bermain utk Piala FA dan Piala Malaysia .#AkuTurunStadium https://t.co/876srRYj8Y
— Zaff Ikhwan (@zfrlikhwn) December 27, 2017
Bagi Ketua Editor Semuanya BOLA, pengalaman tayar pancit ketika menghadiri perlawanan Kuala Lumpur-Terengganu akan sentiasa diingati oleh beliau.
Hasil dari respon anda semua, ternyata banyak perlawanan menarik yang menjadi pilihan anda dalam Liga Malaysia. Tak mampu untuk kami masukkan semua!
Kepada mereka yang komennya tidak disiarkan dalam artikel ini, cuba lagi lain kali ya!
Terima kasih di atas respon yang anda berikan untuk menjayakan artikel ini!