Satu perlawanan liga divisyen 5 di Romania di antara Bistrita Broşteni menenentang Dorna Candrenilor Hunter terpaksa ditamatkan pada minit ke-58 atas sebab sebab teknikal.
Ini selepas perlawanan tersebut tidak menepati syarat asas permainan bola sepak iaitu, sukan ini perlu ada sebiji bola sepak.
Dalam perlawanan tersebut, kesemua bola telah hanyut di Sungai Bitrista. Kedudukan padang yang berdekatan sungai membuatkan bola yang ditendang pemain banyak yang terus ke kawasan sungai.
Pihak tuan rumah perlawanan gagal untuk mendapatkan bola tambahan. Mereka siap pergi ke kawasan-kawasan kejiranan penduduk di luar Stadium Brosteni dan bertanya kalau ada penduduk yang ternampak bola mereka.
Malangnya selepas beberapa jam pemain kedua-dua pasukan menunggu. Pengadil memutuskan perlawanan itu ditamatkan pada minit ke-58. Kedudukan ketika itu, pasukan pelawat mendahului 0-2.
Namun atas sebab kegagalan pasukan tuan rumah memastikan kelengkapan dan peralatan perlawanan tersebut sepanjang perlawanan, kemenangan 0-3 diberikan kepada pasukan pelawat.
Nampaknya Bistrita Broşteni tidak dapat menggunakan 32 minit terakhir untuk cuba melakukan kebangkitan.
Berikut adalah kedudukan liga tersebut selepas tamat pusingan ke-4 pada Ahad lalu. Ia adalah kekalahan pertama pasukan tuan rumah, Bistrita Broşteni musim ini.
Macam-macam! Nampaknya mereka kena menyediakan budak milo dengan kepakaran khas selepas ini. Pastikan ada jaket keselamatan.