Perlawanan Dihentikan, Penyokong Cruzeiro Merusuh Kerana Tersingkir Pertama Kali

Perlawanan liga terakhir melibatkan Cruzeiro pada musim ini terpaksa dihentikan. Ini selepas berlaku kekecohan penyokong.

Ada penyokong yang memecahkan kerusi dan membalingnya ke ara pemain. Ini gara-gara mereka sangat kecewa pasukan mereka tersingkir daripada liga utama Brazil buat julung kalinya dalam sejarah.

Pengadil menggentikan perlawanan, dalam baki kira-kira 5 minit daripada wisel penamat ataupun selepas gol kedua Palmeiras yang membuatkan pasukan tuan rumah tewas.

Polis terpaksa membaling bom asap untuk melindungi para pemain dan pegawai. Dan ramai yang mulai bergerak keluar daripada stadium takut dengan insiden yang lebih buruk.

Cruzeiro wajib menang dalam perlawanan terakhir dan mengharapkan Ceara tewas di tangan Botafogo. Ceara seri dalam perlawanan satu lagi,

Cruzeiro memulakan musim ini dengan sangat cemerlang. Mereka menang piala negeri Mineiro. Namun pada Mei, Pengarah kelab mereka ditangkap kerapa skandal rasuah.

Kes tersebut memberikan krisis kepada kelab dan pasukan. Di mana mereka telah menukar ketua jurulatih sebanyak 4 kami musim ini.

Cruzeiro tersingkir pada Ahad lalu, bersama-sama dengan CAS, Chapecoense dan juga Avai.

Flamengo menjadi juara liga dengan beza 16 mata walaupun tewas perlawanan terakhir mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN