Perlawanan ‘Boxing Day’ Paling Dikenang Sejarah Bola Sepak

boxing day

Bagi sesetengah penyokong, perlawanan ‘Boxing Day’ merupakan saat ditunggu-tunggu. Mereka akan bersama keluarga dan sahabat handai menjengah ke stadium untuk menonton perlawanan bola sepak.

Tahukah anda, perlawanan pada tarikh 26 Disember ini menjadi antara tarikh penting ketika jadual perlawanan liga dikeluarkan. Tidak kiralah semasa Premier League, Football League atau National League jika di England.

Begitu juga di Scotland, Ireland Utara dan Wales.

Pesta gol

Pada 26 Disember 1963, kira-kira 54 tahun yang lalu telah menjadi saksi di mana banyak gol dicetak. Perlawanan First Division (kini dijenamakan sebagai Premier League) pada hari tersebut telah menghasilkan sebanyak 66 gol.

Juara musim sebelum itu, Everton tewas kepada Leicester ketika bertandang ke Filbert Street. Pemain Leicester, Ken Keyworth menjaringkan dua gol pada perlawanan tersebut.

Andy Locchead sumbangkan 4 gol karamkan Manchester United! Sumber: Daily Mail.

Manchester United yang mendahului carta liga pun tewas kepada Burnley di Turf Moor. Penjaga gol Red Devils melepaskan 6 gol.

4 gol Burnley disumbangkan oleh Andy Lochhead. Mujurlah pasukan pelawat mendapat 1 gol.

Chelsea belasah Blackpool

Jauh di utara, Chelsea menewaskan Blackpool di Bloomfield Road. 5 gol Chelsea dibalas 1 oleh pemain Tangerines, Dave Durie.

Di Anfield, Liverpool membenam cabaran Stoke City. Roger Hunt menjaringkan 4 gol untuk pasukan tuan rumah. Dua lagi pemain lain Reds menjaringkan masing-masing 1 gol untuk kalahkan Stoke City. Mujurlah Stoke City disedekahkan satu gol.

Perlawanan lain pula menyaksikan Nottingham Forest seri 3-3 dengan Sheffield United. Skor yang sama juga berlaku semasa perlawanan Wolverhampton menentang Aston Villa.

West Bromwich seri 4-4 dengan Tottenham Hotspur.

10-1

Graham Leggat, menjaringkan 4 gol pada perlawanan tersebut. Sumber: Daily Mail.

Namun ia menjadi tumpuan ialah Fulham menewaskan Ipswich Town dengan 10 gol berbalas 1! Pemain Fulham, Graham Leggat menjaringkan 4 gol.

Rakan sepasukannya, Bobby Howfield menyumbangkan hatrik. 3 pemain lain pasukan tuan rumah turut menyumbangkan masing-masing 1 gol.

Ipswich Town meraih gol saguhati melalui Gerry Baker. Aduh pedih rasanya bagi pemain serta penyokong kelab dari Suffolk ini.

Walaubagaimanapun, perlawanan pada 26 Disember 1963 ini akan dikenang sepanjang zaman. Ya, terlalu banyak gol dijaringkan dan juga dilepaskan.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN