Perlawanan La Liga di antara Barcelona dan Las Palmas hari ini pada awalnya dijangka akan ditunda selepas bandar Barcelona menjadi pusat aktivis pro kemerdekaan Catalan.
Mereka mengadakan pungutan suara ataupun referendum daripada masyarakat Catalonia sama ada masih mahu kekal dengan Sepanyol ataupun menubuhkan negara sendiri.
Namun begitu keadaan menjadi tegang apabila kerajaan Sepanyol tidak mengiktiraf undian / referendum tersebut.
Beberapa minit tadi, Barcelona mengumumkan yang perlawanan akan berlangsung di dalam stadium kosong. Ribuan penyokong kedua-dua pasukan sudah berada di luar stadium untuk menyaksikan perlawanan ini.
Polis Sepanyol dilaporkan telah melepaskan beberapa tembakan amaran dengan peluru getah meminta perhimpunan bersurai.
Pihak pengurusan Las Palmas juga mengambil langkah berani dengan menampal bendera Sepanyol pada jersi mereka untuk perlawanan pada hari ini. Kenyataan rasmi kelab Las Palmas menyatakan:
“Las Palmas boleh mengelak ataupun berdiam diri dengan keadaan hari ini dengan perhimpunan jalanan di sini. Namun kami memilih untuk bersuara demi masa depan negara Sepanyol.”
“Kami memutuskan untuk menampal bendera Sepanyol pada jersi kami.”
Barcelona mahu meneruskan perlawanan ini. Mereka memulakan musim ini dengan cemerlang, 6 kemenangan daripada 6 perlawanan.
Ketika artikel ini ditulis, perlawanan sedang berlangsung masuk minit ke-6.