Perkhidmatan LRT Bukit Jalil Dilanjut Hingga 1 Pagi Sempena Perlawanan Malaysia-Indonesia

Pengendali sistem rel transit, Rapid Rail Sdn Bhd telah mengesahkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi sempena perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Dalam kenyataan media oleh Prasarana Malaysia Berhad pada hari ini, pihaknya memaklumkan bahawa perkhidmatan tiga laluan bas Rapid Kuala Lumpur (Rapid KL) turut dilanjutkan membabitkan laluan dari stesen LRT Awan Besar ke Batu 3 Jln Klang Lama, TPM via stesen LRT Bukit Jalil serta (T582) LRT Salak Selatan via Bukit Jalil.

https://twitter.com/MyRapidKL/status/1195953974811275264?s=20

Dalam kenyataan itu juga menyebut bahawa stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, namun penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

“Rapid KL menyarankan warga kota menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan jalan raya serta membeli token perjalanan lebih awal untuk memudahkan kelancaran perjalanan.

https://twitter.com/MyRapidKL/status/1196279152724201474?s=20

“Bagaimanapun, bagi pemandu jalan raya yang ingin ke perlawanan itu boleh meletakkan kenderaan di stesen LRT berdekatan dengan stadium yang menyediakan parkir antaranya stesen LRT Muhibbah, stesen LRT Awan Besar dan stesen LRT Sri Petaling,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti laman sosial Twitter dan Facebook MyRapidKL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN