Perjumpaan Lionel Messi Dan Pengurusan Barcelona Penentu Masa Depannya

Satu perjumpaan penting dua mata antara Lionel Messi dan pihak pengurusan Barcelona dikatakan mengenai masa depan kelab tersebut akan berlangsung esok.

Ia akan menjadi batu penentu samaada bintang Barcelona itu akan kekal pada saingan musim hadapan atau tidak. Kontraknya dijangka akan berakhir pada hujung musim hadapan. Gergasi Serie A, Inter Milan dikatakan mengikuti rapat pertemuan itu.

Tidak gembira hala tuju kelab

Menurut laporan portal Sepanyol, AS, penyerang berusia 33 tahun itu dikatakan masih gembira untuk kekal bersama Barca dan menghargai segala yang telah kelab berikan kepadanya tetapi tidak gembira dengan hala tuju kelab pada ketika ini.

Pada Februari lalu, Messi dilaporkan berkata kepada Mundo Deportivo, “Ketika ini, saya rasa pasukan kami tidak cukup bagus untuk menang Champions League. Kami perlu terus memperbaiki pasukan. Ia tidak akan berlaku [juara] dengan situasi sekarang.”

Menepati ramalan, Barcelona bukan sahaja tewas di suku akhir, malah telah dimalukan oleh Bayern Munich dengan kekalahan terbesar, 2-8 yang menurut bintang Bavarians, Leon Goretzka, “Tidak, ia tidak menyakitkan tetapi ia sangat menyeronokkan.”

Ia merupakan jawapan balas kepada soalan pemberita mengenai adakah ia menyakitkan untuk melihat idolanya itu ditumbangkan kelabnya. Nampaknya, Messi bukan sahaja tewas tetapi turut menjadi bahan jenaka lawan dan juga seluruh dunia.

Manchester City mahu gapai bintang?

Januari depan, Messi sudah boleh membuka bicara bersama kelab lain, jika lanjutan kontrak baharu bersama Barcelona gagal dicapai pada perjumpaan tersebut. Selain Inter Milan, nampaknya Pep Guardiola turut mahu membawanya ke Premier League.

Pengendali asal Sepanyol itu pernah bergandingan bersama Messi di Barca sejak musim 2008/09 hingga 2011/12 dan menjulang pelbagai kejuaraan antaranya tiga kejuaraan La Liga, dua Copa del Rey dan dua kejuaraan Champions League.

Ini menjadikan Manchester City – yang juga disingkirkan di suku akhir Champions League – sebagai pencabar utama untuk tandatangannya. Menurut laporan Sport, Messi turut berada dalam senarai untuk dilepaskan dalam proses baik pulih kelab.

Selain Messi, sebilangan besar skuad musim ini dilaporkan akan dilepaskan termasuklah Marc-Andre ter Stegen, Clement Lenglet dan Frankie De Jong. Selain itu, turut dalam senarai adalah Samuel Umtiti, Ivan Rakitic, Rafinha dan Arturo Vidal.

Penutup

Adakah jodoh Messi dan Barcelona akan berakhir? Adakah penyerang sensasi ini akan mengumumkan persaraannya pada usia 33 tahun kini? Segalanya bergantung kepada pertemuan dua matanya bersama pihak pengurusan Barcelona pada esok.

Bagaimana pendapat pembaca. Adakah anda sependapat dengan Rio Ferdinand yang Messi tidak akan sesekali meninggalkan kelab tersebut atau sebaliknya?

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES

Baca lagi artikel mengenai Lionel Messi:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN