Perjalanan Karier Pengendali Indonesia Disamakan Seperti Guus Hiddink

Pengendali utama Indonesia, Shin Tae-yong kini boleh dianggap sebagai individu paling disayangi oleh para penyokong bola sepak Sang Garuda, selepas sumbangannya di pentas antarabangsa begitu besar.

Malah, pengendali dari Korea Selatan itu juga tidak putus-putus menerima pelbagai pujian daripada pemerhati bola sepak, dek kerana rekod-rekod menarik dicipta beliau bersama Indonesia.

Malah, CNN Indonesia sendiri menyifatkan sumbangan Shin sama seperti apa pernah dibuat oleh legenda jurulatih, Guus Hiddink bersama Korea Selatan suatu ketika.

Untuk rekod, Sang Garuda tampil begitu agresif sejak beberapa tahun ini di pentas antarabangsa serta ada peningkatan cukup positif daripada segi kedudukan ranking.

Perubahan positif paling ketara buat Sang Garuda pastinya ketika mereka mara ke peringkat kalah mati saingan Piala Asia 2023 di Qatar lalu.

Malah, Indonesia juga hampir meraih slot olimpik ketika bersaing dalam kejohanan Piala Asia bawah 23 (B-23), sebelum harapan itu ditutup pada aksi ‘play-off’ lalu.

Walaupun gagal melayakkan diri ke pentas Olimpik, perjalanan semasa pasukan kebangsaan Indonesia jelas menarik perhatian ramai terutama sekali sentuhan telah dibawa oleh Shin.

Disebabkan itu, Shin telah disamakan seperti Hiddink kerana pengendali tersebut juga tampil dengan revolusi positif buat pasukan kebangsaan Korea Selatan suatu ketika.

“Sama seperti dilakukan oleh Guus Hiddink suatu ketika lalu, Shin memulakan segalanya kembali buat skuad Indonesia dan fokus pemain diberikan sebaik mungkin untuk menyerap serta mengikuti falsafah diterapkan jurulatih itu,” ulas CNN Indonesia.

Untuk rekod, Hiddink tampil dengan rekod cukup baik ketika mengendalikan Korea Selatan apabila beliau membawa negara itu mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2002 bersama kualiti permainan menyakinkan.

Ketika ini, Shin dilaporkan semakin hampir untuk menandatangani kontrak baharu bersama Sang Garuda walaupun ada sebarang pengesahan lagi.

Malah Shin juga dikatakan memberi reaksi positif untuk kontrak lanjutan baharu bersama Indonesia dengan harapan menggunung turut diletakkan para peminat negara tersebut.

Sudah tentu pengendali berpengalaman itu memiliki banyak perancangan untuk terus menaikkan pasukan kebangsaan tersebut mekar harum di pentas antarabangsa.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN