Penjaring terbanyak Piala AFF 2020, Bienvenido Maranon kini dikaitkan dengan perpindahan ke JDT selepas pemain itu sah meninggalkan kelab terdahulu, United City FC (dahulunya dikenali sebagai Ceres-Negros) di Liga Filipina.
Pemain naturalisasi skuad kebangsaan Filipina itu sah tidak lagi bersama juara empat kali Liga Filipina itu selepas 7 musim bersama.
UCFC would like to congratulate Bienve on his well-deserved career move & thank him for his services to the Club as a decorated player & co-captain.
While it's sad to see him leave at this time, it opens great opportunities for UCFC in preparation for the 2022 season.
Good luck! pic.twitter.com/9hPaV37vkd— UnitedCityFootballClub (@UnitedCityFC_PH) January 5, 2022
Sepanjang tempoh tersebut, Maranon telah membantu kelab tersebut merangkul empat kejuaraan Liga Filipina pada 2017, 2018, 2019 dan 2020, dan satu kejuaraan Copa Paulino Alcantara pada 2019.
Maranon bukanlah watak asing di dalam saingan bola sepak peringkat Asia dan pernah muncul penjaring terbanyak Piala AFC pada musim 2019 dan 2020.
#AFFSuzukiCup2020 | TOP GOALSCORERS
Four players have scored 4 goals in the tournament including :
🇵🇭 Bienvenido Marañón
🇲🇾 Safawi Rasid
🇹🇭 Teerasil Dangda
🇹🇭 Chanathip#AFF #ASC2020 #EmergingStrongerTogether #RivalriesNeverDie pic.twitter.com/93rxCOP6I5— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) January 2, 2022
Mulai memperkuatkan skuad The Azkals selepas permohonan menjadi pemain naturalisasi diluluskan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Piala AFF, Maranon turut menyumbang empat gol untuk berkongsi anugerah kasut emas bersama-sama Safawi Rasid, Chanatip Songkrasin dan Teerasil Dangda.
JDT jadi destinasi baharu?
Tidak dapat dipastikan ke manakah hala tuju sebenar Bienvenido Maranon selepas ini, namun spekulasi di media sosial mulai bertiup kencang mengatakan penyerang berusia 35 tahun itu bakal ke Liga Malaysia untuk menyertai JDT.
Pemain kelahiran Basque itu melalui nukilan di akaun Twitternya menjelaskan beliau akan menyertai salah sebuah kelab terbaik di Asia.
💛 It’s time to move forward and step up in my career as a profesional football player.
I will leave the country where I found the happiness and the team @UnitedCityFC_PH what made me better player and better person. 👉🏽 pic.twitter.com/7tjJeI4HfY— Bienve Marañon (@Bienvecadiz86) January 5, 2022
to go to the best club of Asia and I will do it.
Can’t wait to travel and start trainings with them.
I will keep working to give you back the love, support and help during my time with @TheAzkalsPH ❤️🇵🇭It’s not a goodbye if not a see you later. ⚽️🇵🇭💛🦾
— Bienve Marañon (@Bienvecadiz86) January 5, 2022
“Tiba masanya untuk membuat langkah ke hadapan di dalam kerier profesional sebagai pemain bola sepak. Saya akan meninggalkan sebuah negara yang menggembirakan saya selama ini, dan United City FC yang menjadikan saya seorang pemain dan individu yang lebih baik,” kata Maranon.
Selain daripada ucapan terima kasih kepada pihak kelab terutama kepada pemilik United City FC yang memberikan beliau peluang selama ini, Maranon turut memberikan bayangan kelab yang bakal disertai dirinya selepas ini.
“Selama ini saya menangguhkan pemergian [lamaran] ke destinasi berikutnya. Saya hanya akan meninggalkan Filipina untuk menyertai kelab terbaik di Asia, dan saya akan melakukannya.
“Sudah tidak sabar untuk pergi dan memulakan latihan bersama mereka. Saya akan terus berusaha keras untuk membalas balik kasih, sokongan, dan bantuan [semua pihak] ketika bersama The Azkals,” tamnah beliau lagi.
Hint TMJ
JDT mungkin bukan kelab yang dimaksudkan oleh Maranon secara langsung. Ini kerana juara AFC Champions League musim lalu adalah kelab Arab Saudi, Al-Hilal.
Bagaimanapun daripada segi projek bola sepak dan fasiliti di Asia, JDT sering kali dianggap sebagai antara kelab bola sepak terbaik dan termoden di rantau ini. Maka ia tidak mustahil “kelab terbaik” yang dimaksudkan oleh Maranon sebenarnya adalah JDT.
Pada masa yang sama, pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Makhota Johor (TMJ) turut pernah memberi bayangan akan membawa masuk dua pemain berdarah Sepanyol dari Filipina melalui muat naik di IG Story.
Seorang lagi pemain Filipina berdarah Sepanyol yang turut dikaitkan ke JDT adalah Carli de Murga yang merupakan bekas pemain Terengganu FC.
Berdasarkan pada usia kedua-dua pemain, Maranon dan De Murga dipercayai akan memperkuatkan skuad JDT II untuk saingan Liga Premier 2022.