Cristiano Ronaldo antara individu yang menggemari dan kagum dengan hasil kerja pereka tugu beliau di Lapangan Terbang Cristiano (Sebelum ini Lapangan Terbang Madeira).
Tugu Cristiano Ronaldo telah menenggelamkan cerita-cerita lain yang berkaitan dengan penjenamaan semula lapangan terbang Madeira.
Orang yang bertanggungjawab mengukir tugu tersebut adalah Emanuel Santos. Beliau adalah bekas cleaner di lapangan terbang tersebut.
Santos mengakui dia adalah pengukir tugu yang belajar sendiri (self-taught).
Santos berkata dia sangat gembira kerana Cristiano Ronaldo mengiktiraf hasil kerja beliau. Itu yang paling penting.
Beliau merasakan ianya adalah ‘bayaran’ paling penting untuk hasil kerja beliau berbanding dengan benda lain. Beliau berkata:
“Ketika saya mendengar ada ura-ura nama Lapangan Terbang Madeira ditukar kepada Lapangan Terbang Cristiano Ronaldo. Saya terus mengambil inisiatif untuk melakukan kerja mengukir tugu tersebut.”
“Saya bercakap dengan pihak lapangan terbang dan membentangkan idea saya. Saya mempamerkan hasil kerja saya dan mereka menyukainya.”
“Ahli keluarga Ronaldo, emak dan abangnya juga sudah melihat tugu ini terlebih dahulu. Mereka pun mengiktiraf hasil kerja saya. Begitu juga dengan kerajaan tempatan.”
“Ronaldo pun sudah dimaklumkan dengan imej tugu beliau oleh abangnya. Saya ketika itu bersama dengan abangnya di Muzium Cristiano Ronaldo.”
“Ronaldo memberikan maklum balas positif dan dia menyukainya.”
Santos juga mendedahkan, ketika proses akhir tugu tersebut, Ronaldo turut memberikan idea agar tugu itu beberapa kedutan diperbaiki.
Wartawan juga bertanya, apa perasaan Santos selepas ramai yang mengecam dan menjadikan hasil kerja beliau sebagai bahan jenaka.
Beliau berkata:
“Saya ada berjumpa dengan Ronaldo di bilik VIP pada hari perlancaran tersebut. Dia seorang yang peramah. Dan dia menyukainya.”
“Dalam apa-apa kerja yang kita lakukan, mesti akan ada orang yang tidak suka. Kita tidak boleh memuaskan hati Greeks dan Trojan.”
“Saya tidak ada masa untuk membuka facebook dan media sosial lain untuk membaca komen yang menghentam hasil kerja saya.”
“Tugu adalah tugu. Ia bukan fotokopi. Fotokopi adalah fotokopi.”
“Ramai juga rakan saya di facebook yang menyukai hasil kerja saya. Dan ada juga satu dua kawan saya sendiri yang berpendapat, ianya perlu diperbaiki.”
“Benda ni rumit, kerja macam ni memang sukar untuk memuaskan hati semua orang. Ia bukan kerja mudah.”
“Mengukir wajah figura awam memang mencabar. Ia bukannya figura yang kita boleh hasilkan secara rambang.”
“Lebih mencabar apabila kita terpaksa melihat gambar sahaja. Kalau boleh saya nak beliau ada di sebelah saya, baru senang sedikit.”
“Tapi orang seperti beliau sangat sibuk. Dan anda rasa dia ada masa untuk datang berjumpa saya?”
Baca juga: 5 Sebab Kenapa Bundesliga Adalah Liga Terbaik Di Dunia