Perebutan Slot Piala AFC 2021 Sengit, Aidil Mahu Anak Buah Lebih Tenang

Piala AFC 2021

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak memberi bayangan perlawanan akan menjadi semakin sengit dalam perebutan kedudukan kedua CIMB Liga Super sekali gus meraih slot ke Piala AFC 2021.

Walaubagaimanapun, beliau enggan perkara itu terlalu difikirkan oleh barisan pemain sehingga boleh menjejaskan fokus mereka sebaliknya perlu lebih bersedia untuk bertemu Melaka, Ahad ini di Stadium Darul Aman sebelum menentang Perak pada aksi terakhir, minggu hadapan.

Menurutnya, Melaka sudah pasti tidak akan membiarkan Kedah mengutip mata selepas mereka juga tewas kepada Sabah minggu lalu dan penting buat juara Piala FA 2019 ini memastikan segala strategi akan berhasil sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan bagi merampas kembali kedudukan kedua daripada Perak.

“Bagi saya, kami hanya perlu fokus perlawanan demi perlawanan dan tidak perlu lagi fikir sama ada kita mampu layak ke Piala AFC atau tidak.

“Maknanya bila kita dah menang kedua-dua aksi terakhir ini, jadi kita memang akan ke Piala AFC dan sebab itu pemain perlu lebih tenang untuk menghadapi baki dua lagi perlawananan ini.

“Yang penting, fokus dan disiplin sangat dititikberatkan dan saya begitu yakin dengan pemain-pemain saya bahawa mereka akan memberikan lebih 100 peratus pada hari Ahad ini.

“Perlu ingat, dua perlawanan ini sangat penting, begitu juga dengan Perak di mana mereka akan bertemu Pahang terlebih dahulu, bukan mudah untuk Perak, dan selepas itu akan menentang Kedah pula di mana di situlah akan menjadi penentu segala-galanya,” jelasnya.

Kedah ketika ini hanya dibezakan satu mata di belakang Perak untuk berada di tangga ketiga manakala Johor Darul Ta’zim (JDT) gah di takhta liga yang bakal ditabalkan selaku juara CIMB Liga Super buat kali ketujuh pada malam esok sekiranya mengutip sekurang-kurangnya satu mata dalam perlawanan menentang Sabah di Stadium Sultan Ibrahim.

UiTM FC yang kini di tangga keempat juga dalam landasan terbaik untuk berada dalam kelompok teratas sekiranya mereka menang ke atas PJ City FC pada malam esok di Stadium UiTM Shah Alam.

Tiga lagi perlawanan pada Sabtu membabitkan Felda United yang masih bekerja keras untuk mengelak daripada tersingkir ke Liga Premier musim depan apabila bakal berdepan Terengganu FC manakala Pahang pula akan menerima kunjungan daripada Perak dan PDRM yang sudah pasti turun ke Liga Premier 2021 akan menentang Selangor.

Kredit featured image: Malaysian Football League

Baca artikel lain dari kami mengenai Kedah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN