‘Percuma & Lebih Berkualiti’ – Netizen Indonesia Akui Siaran Liga Super Lebih Baik

Liga Super Malaysia

Siaran yang lebih berkualiti dan semestinya percuma, itulah kelebihan yang dicemburui oleh pengikut bola sepak Indonesia apabila mereka menonton aksi Liga Super Malaysia.

Saingan Liga Indonesia mungkin dilihat lebih masyhur berbanding Liga Super terutamanya atas faktor fanatiknya penyokong-penyokong kelab di sana.

Namun begitu, ianya tidak dapat menyembunyikan hakikat yang liga dari seberang masih lagi jauh terkebelakang berbanding Liga Super dari segi kualiti siaran.

Tular di media sosial apabila sebuah laman bola sepak di Twitter iaitu JoBola – Jokes SepakBola melakukan perbandingan terhadap kualiti siaran langsung Liga Super dengan Piala Presiden Indonesia.

“Liga Super Malaysia: percuma, kualiti siaran lebih baik, tiada iklan di tengah perlawanan dan ulasan yang mantap.”

“Piala Presiden Indonesia: perlu dibayar, kualiti HD (haduhh), iklannya sebesar harapanku kepadamu, pengulas? Tahu-tahu sajalah,” ciap laman bola sepak Indonesia tersebut.

Ciapan tersebut jelas sekali ditujukan kepada salah sebuah penyiar di Indonesia iaitu IndoSiar yang baru-baru ini menyiarkan perlawanan Piala Presiden Indonesia. Selain siaran di Malaysia, IndoSiar turut dibanding-bandingkan siarannya dengan pesaing mereka iaitu KompasTV dan NetTV.

“Lebih seronok menonton Liga Malaysia di YouTube. Daripada liga di negara sendiri. Sudahlah buruk siarannya. Susah pula nak tonton,” kata Didik Rusmanto.

Malah ketika ini, tanda pagar #BoikotIndoSiar sudah muncul di media sosial sebagai tanda tidak puas hati pengikut bola sepak Indonesia terhadap kualiti siaran yang diberikan.

Rumput tak selalunya lebih hijau di sana

Benarlah kata pepatah orang Inggeris, grass is not always greener on the other side yang membawa maksud apa yang kita lihat pada orang lain tidak selalunya lebih baik berbanding apa yang kita ada.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penyokong bola sepak Malaysia ada masanya akan mengecam kualiti siaran Liga Super yang disiarkan di YouTube.

Walaupun siaran langsung secara digital masih lagi ada kelemahannya terutamanya pada tahun-tahun awal melibatkan platform penstriman iaitu iflix, namun kini ianya semakin baik dari tahun ke tahun.

Penyiar mungkin tidak mampu menyediakan siaran dengan jumlah kamera yang banyak seperti di liga Eropah dek kekurangan peralatan, staf dan sebagainya. Tetapi, penulis menganggap kualiti yang diberikan masih lagi baik berbanding negara jiran.

Bola sepak Malaysia masih lagi jauh untuk menuju kepada kesempurnaan dalam pelbagai perkara, tetapi kita harus raikan hal yang membawa kebaikan kepada kita.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN