Peraturan ‘Tie-Breaker’ UEFA Dan Bagaimana Man Utd Jadi Juara Kumpulan Walaupun Masih Berbaki Satu Perlawanan

Kemenangan 2-0 ke atas Villareal pada awal pagi tadi mengesahkan kemaraan Manchester United ke pusingan kalah mati, dan muncul juara Kumpulan F.

Timbul pertanyaan daripada segelintir pembaca Semuanya BOLA bagaimana Manchester United mampu layak ke pusingan kalah mati selaku juara kumpulan walaupun masih berbaki satu perlawanan.

Soalan ini sebenarnya amat bagus, namun perlu difahami secara teknikal kerana terdiri daripada banyak syarat dan kemungkinan.

Ini kerana di atas kertas, Villareal masih mampu mengikat Manchester United daripada segi mata dan perbezaan jaringan.

Ayuh kita kaji semula dan lakukan homework – seperti diminta oleh saudara ini – mengenai peraturan tie-breaker UEFA untuk memahami situasi tersebut.

Peraturan tie-breaker UEFA

Peraturan oleh UEFA bagi perlawanan peringkat kumpulan boleh menjadi agak rumit untuk difahami. Secara asasnya untuk menentukan kedudukan di dalam kumpulan, UEFA menggunakan peraturan tie-breaker seperti berikut:

Jika terdapat dua atau lebih pasukan terikat mata, maka peraturan head-to head akan digunakan.

  • Jumlah kutipan mata daripada perlawanan head-to-head di kalangan pasukan yang terikat mata.
  • Perbezaan jaringan dalam perlawanan head-to-head melibatkan pasukan yang terikat.
  • Jumlah jaringan oleh pasukan dalam perlawanan head-to-head.
  • Jumlah gol di tempat lawan dalam perlawanan head-to-head.

Jika lebih dari dua pasukan terikat dengan mata yang sama dan tidak boleh dipisahkan melalui peraturan head-to-head di atas, maka peraturan tie-breaker di bawah akan digunakan:

  • Perbezaan jaringan di peringkat kumpulan.
  • Jumlah jaringan di peringkat kumpulan.
  • Jumlah jaringan tempat lawan di peringkat kumpulan.
  • Jumlah kemenangan di peringkat kumpulan.
  • Jumlah kemenangan di tempat lawan dalam peringkat kumpulan
  • Peraturan kad disiplin (red card = 3 points, yellow card = 1 point, 2 two yellow cards in one match = 3 points)
  • UEFA Co-efficient ranking (ranking liga oleh UEFA)

Peraturan sebegini sebenarnya bukan baru, dan telah diamalkan oleh kebanyakkan pertandingan anjuran UEFA dan FIFA yang lain sejak sekian lama.

Situasi Kumpulan F

Berdasarkan kedudukan di dalam Kumpulan F, Manchester United secara automatik muncul juara kumpulan selepas menewaskan Villareal 2-0 di Stadium De La Ceramica pada awal pagi tadi.

Secara logiknya, Villareal yang kini mengumpul tujuh mata masih mampu mengikat Manchester United di kedudukan teratas yang kini memiliki 10 mata – dengan syarat skuad kendalian Michael Carrick itu tewas perlawanan terakhir Kumpulan F menentang Young Boys pada 9 Disember hadapan.

Sekiranya situasi tersebut berlaku, Manchester United tetap berada di kedudukan teratas dan bergelar juara kumpulan kerana kutipan mata daripada perlawanan head-to-head dengan Villareal akan menjadi rujukan pertama terlebih dahulu.

Untuk rekod, Manchester United menewaskan Villareal 2-1 di Old Trafford pada 30 September lalu. Kemenangan 2-0 ke atas lawan yang sama bermakna Manchester United mempunyai kelebihan 4-1 secara agregat.

Situasi inilah yang menyebabkan Manchester United mampu layak dan mengesahkan diri sebagai juara Kumpulan F lebih awal walaupun masih berbaki satu perlawanan untuk dilalui.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN