Pemain Argentina Perantauan Di Bandar Manchester Adakan Sesi ‘Gathering’

Anda pernah menjadi perantau di negara asing? Mesti apabila sesebuah perayaan seperti Aidilfitri, anda akan berkumpul bersama rakan-rakan senegara.

Kadang-kadang ada yang berbeza sedikit latar belakang daripada majoriti.

Inilah yang diakukan oleh sekumpulan perantau berasal dari Argentina di Manchester.

Sekumpulan perantau Argentina yang mencari makan di sekitar Lancashire. Sumber: Instagram Nicolas Otamendi.

Tolak tepi perbezaan

Ya, mereka berkumpul bersama-sama di salah sebuah rumah warga Argentina tersebut. Dipercayai mereka seringkali mengadakan BBQ untuk mengeratkan hubungan.

Nicolas Otamendi menjadi hos BBQ untuk kali ini. Sesi ramah mesra ini disertai trio Citizens yang lain seperti Willy Caballero, Sergio Aguero dan Pablo Zabaleta.

Jiran mereka menghantar wakil iaitu Marcos Rojo dan Sergio Romero. Toffees mempunyai seorang wakil iaitu Funes Mori.

Tugas masing-masing

Salah seorang perantau Argentina tersebut. Sumber: Instagram Nicolas Otamendi.

Bukan di padang, tetapi di tempat memanggang. Tugas memasak diserahkan kepada Nicolas Otamendi yang agak arif. Willy Caballero pula bertugas menghidupkan api.

Sesi pembelian daging diserahkan oleh Pablo Zabaleta. Malah, beliau sudah menjadi pelanggan tetap kedai daging.

Pastinya pemergian Pablo nanti akan meninggalkan kesan kepada pemilik kedai daging itu. Melainkan dia penyokong sisi merah Manchester.

Tugas masing-masing ini mengingatkan kami mengenai sekumpulan pemain yang menetap serumah bersama. Kami pernah siarkan dalam laman ini tidak lama dahulu.

Bagaimana tanpa Pablo

Rasanya kalau Pablo pergi, pasti ia akan suram buat perkumpulan warga Argentina ini. Tetapi tidak pastilah sejauh mana kesannya.

Adakah ada lagi pemain Argentina yang tinggal di kawasan Lancashire? Maklumlah Lancashire banyak mempunyai kelab bola sepak di hampir setiap divisyen.

Ia satu tindakan bijak untuk menghilangkan kerinduan kepada suasana di tanah air. Tetapi, jangan pula mengambil kesempatan untuk membocorkan taktik. Apatah lagi memanipulasikan keputusan perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN