Perang Banner Antara Penyokong Arsenal Di Tempat ‘Orang’, Wenger Out vs In Wenger We Trust!

Perang banner dengan deruan bunyi jet menghiasi perlawanan West Brom dan Arsenal.

Arsene Wenger jelas dalam kedudukan yang paling tertekan di dalam karier beliau.

Jika beberapa musim sebelum ini memang ada segelintir penyokong yang mahukan pengurus paling lama dalam kelab mereka keluar dari Arsenal.

Namun tidak pernah lagi ada yang menyewa jet untuk menerbangkan banner Wenger Out!

Sebentar, penyokong-penyokong Arsenal telah menerbangkan banner No Contract! Wenger Out! di ruang udara stadium.

Ia adalah protes di atas kegagalan Arsenal dalam beberapa minggu ini. Arsenal gagal mendapatkan keputusan yang baik dalam beberapa perlawanan musim ini.

Tekanan itu semakin memuncak apabila mereka masih belum menang dalam 4 perlawanan besar terakhir.

Tewas di tangan Chelsea, Liverpool dan 2 kali ditewaskan Bayern Munich. Kalah 10-2 secara aggregate di tangan Bayern adalah perkara yang dianggap penyokong ‘memalukan’.

Jadi segelintir penyokong yang marah ini telah menerbangkan banner. Ia mesej agar pemilik kelab tidak melanjutkan kontrak Wenger.

Namun, tidak lama selepas itu, satu lagi banner diterbangkan oleh kelompok penyokong yang masih percayakan Arsene Wenger.

Ia bertulis, ‘In Arsene We Trust! RespectAW!’

Dalam perlawanan menentang West Brom, pasukan Arsenal telah tewas 3-2.  Ia adalah kekalahan ke-7 untuk Arsenal musim ini.

Di luar padang, Arsenal masih lagi gagal mendapatkan tandatangan Alexis Sanchez dan Mesut Ozil untuk kontrak baru.

Baca juga: Rangkuman EPL 2016/17: West Brom 3 Arsenal 1

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN