Pasukan kebangsaan Perancis akan meraikan ulangtahun ke-100 Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF) dalam perlawanan kelayakan Euro 2020 menentang Iceland.
Les Bleus akan memakai jersi vintaj edisi terhad – dengan warna ikonik mereka. Ini pastinya berita yang mengujakan para pengumpul jersi.
Baiklah, sebelum itu, kami kongsikan tangkap layar daftar kata untuk vintaj daripada DBP, supaya tidak ada yang meragui istilah yang kami gunakan.
FFF ditubuhkan secara rasmi pada 7 April 1919. Dan tarikh perlawanan menentang Iceland merupakan yang paling dekat dengan ulangtahun tersebut.
Kapten Perancis mempamerkan jersi vintaj tersebut kepada media dalam sidang media sebelum perlawanan.
Jersi keluaran terhad itu adalah daripada sentuhan Nike. Logo ikonik Nike juga akan menggunakan warna biru pada jersi vintaj itu. Sementara itu logo Perancis akan disulam dengan warna emas.
Perancis menjadi antara negara bola sepak yang sangat digeruni dalam beberapa dekad ini. Mereka menjuarai 2 Piala Dunia dalam masa 2 dekad terakhir.
Perancis dijangka tiada masalah untuk meneruskan rentak kemenangan selepas kemenangan 4-1 ke atas Moldova sebelum ini.
Didier Deschamps mengesahkan bahawa Lucas Digne dan Kingsley Coman terpaksa disisihkan. Deschamps juga mengakui beliau terpaksa melakukan sesi latihan lebih ringan berikutan isu kecederaan dan kecergasan melanda.
Seterusnya, beberapa pemain juga memerlukan langkah berjaga-jaga.
Baiklah sempena mengingati 100 tahun FFF, boleh tak anda kongsikan 3 nama pemain Perancis yang anda minati.