Didier Deschamps boleh dikatakan antara jurulatih skuad Negara yang paling beruntung pada masa ini.
Tidak sampai setahun membawa skuad Perancis ke Final Euro 2016, kini beberapa pemain muda yang berbakat besar sudah mula memberikan cabaran kepada pemain sedia ada.
Beliau menunjukkan bayangan barisan muda ini ketika menentang England pada perlawanan persahabatan tempoh hari.
Walaupun bermain dengan 10 orang kerana R.Varane dibuang padang pada minit -47 tetapi pemain Perancis tidak menunjukkan sebarang masalah untuk menjinakkan skuad England dengan jaringan 3-2.
Barisan bintang muda skuad Perancis diketuai oleh Kylian Mbappé berumur 18 tahun dari AS Monaco.
Beliau bergandingan bersama pemain sayap Borussia Dortmund, Ousmane Dembele(20) dan rakan sepasukan di Monaco Thomas Lemar(21) yang bermain di sayap kiri dan kanan.
Selain Kante dan Pogba di bahagian jentera tengah menjadi tunjang kepada Perancis.
Di bahagian pertahanan pula veteran Bacary Sagna dan Patrice Evra yang masih lagi berkualiti seperti yang dipamerkan di Euro 2016.
Mereka telah digantikan dengan pertahanan kiri dan kanan AS Monaco iaitu Djibril Sidibe(24) dan Benjamin Mendy(22) . Sidibe turut menjaringkan Gol pada minit ke-43 buat Perancis.
Jurulatih England, Gareth Southgate berkata:
“Ketika menentang Sepanyol , mereka mempunyai kebolehan mengawal bola lebih baik dari kami. Hampir 90 minit kami terpaksa mengejar , mengejar dan mengejar mereka.”
“Berbanding skuad Perancis yang hadir dengan corak permainan berbeza.”
“Mereka lebih fizikal tetapi pada masa yang sama mengamalkan corak pemainan yang pantas dengan barisan pemain muda yang bijak mencari ruang dan memanfaatkannya. “
Penyerang Antoine Griezmann, Dimitri Payet, Moussa Sissoko pasti akan merasa tercabar dengan kebangkitan pemain muda ini.
Selain itu beberapa pemain berbakat seperti Alexandre Lacazette(26), Anthony Martial (21), Kingsley Coman(21), Adrien Rabiot (22), Corentin Tolisso (22), Kurt Zouma(22) dan Presnel Kimpembe (21) lansung tidak digunakan semasa perlawanan menentang England ini.
Deschamps antara jurulatih paling bertuah kerana mempunyai ‘pool’ pemain yang banyak serta berkualiti untuk dipilih.
Kami tidak sabar untuk melihat perjalanan Generasi Muda Perancis untuk beberapa tahun akan datang terutamanya semasa temasya World Cup 2018.
Apa yang kita boleh pelajari adalah, perancangan dan pembangunan bakat yang berterusan dan holistik oleh Perancis dalam mengatasi masalah ‘kuda tua’ serta kekurangan pilihan dan perwaris bakat.