Perancang Tengah Import Baharu Bakal Sertai Penang?

Penang dilaporkan ketika ini masih lagi belum lengkap daripada segi persiapan mereka untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 yang akan berlangsung tidak lama sahaja lagi.

Ketika ini, pelbagai persiapan sudah pun dilakukan pasukan tersebut, termasuk menandatangani beberapa khidmat pemain tempatan baharu untuk memperkasakan skuad tersebut.

Antara wajah baharu menyertai pasukan ini termasuklah Ahmad Nabil Latpi yang sebelum itu tampil menyerlah bersama PDRM di posisi serangan utama pada tahun lalu serta beberapa lagi pemain lain.

Malah, masih ramai pemain tonggak mereka pada tahun lalu yang masih dikekalkan dan ia dianggap bakal memudahkan urusan pengendali, Akmal Rizal Ahmad Rakhli untuk membuat percaturan taktikal serta mencapai persefahaman sesama pemain.

Walaupun begitu, persiapan mereka daripada segi pemain import dilihat sedikit lesu kini apabila mereka baru menandatangani empat orang sahaja jika dibandingkan pada saingan lalu.

Empat pemain tersebut merupakan penyerang dari Brazil iaitu Rodrigo Dias, Moon Gun-young, Rafael Vitor, serta bintang import pinjaman daripada Selangor, Richmond Ankrah.

Melihat kepada senarai tersebut, Akmal mengakui mereka masih memerlukan seorang lagi pemain import sekurangnya untuk mengemudi posisi tengah Penang pada saingan musim ini.

Menurut Akmal, ketika ini beliau sudah pun memiliki calon pemain tersebut yang dikatakan berasal dari Amerika Latin, dan dirinya hanya menunggu lampu hijau daripapada pihak pengurusan sahaja.

“Esok (semalam) pihak pengurusan akan mengadakan mesyuarat, berkemungkinan akan ada kata putus sama ada saya boleh membawa seorang lagi ‘key player’ di bahagian tengah menyerang itu.

“Besar harapan saya perkara itu dapat direalisasikan bagi memastikan jentera tengah dan serangan pasukan lebih mantap,” kata Akmal menerusi laporan dikeluarkan oleh Berita Harian.

Pada masa sama, bekas pemain Kedah Darul Aman (Kedah) itu mengakui beliau sudah pun memiliki bayangan kesebelasan utama untuk saingan akan datang.

Walaupun begitu, Akmal enggan memutuskannya lagi apabila beliau masih ingin memberi peluang kepada setiap pemain untuk mempamerkan kebolehan masing-masing sebelum tirai Liga M bermula.

Bawah kendalian Akmal, pastinya penyokong Penang berharap supaya kebangkitan dapat dilakukan pasukan tersebut daripada segi prestasi berbanding tahun lalu.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN