Peranan Umtiti & Pique Akan Disiasat, Sebabkan Griezmann Pilih Kekal Di Atletico

Barcelona mengesahkan akan melakukan siasatan terhadap peranan dua pemain mereka, Gerard Pique dan Samuel Umtiti sehingga mendorong Antoine Griezmann menolak tawaran kelab Catalan itu untuk kekal bersama Atletico Madrid.

Syarikat yang dimiliki oleh Pique, adalah syarikat produksi yang menghasilkan dokumentari ‘Le Decision’, di mana Griezmann mengumumkan keputusan beliau untuk menolak tawaran Barcelona.

(Photo by Anthony Dibon/Icon Sport via Getty Images)

Manakala Umtiti bertindak berkongsi dokumentari tersebut secara siaran langsung melalui media sosial.

Barcelona tidak tahu menahu mengenai kewujudan dokumentari tersebut, dan agak terkejut dengan kaedah yang digunapakai oleh penyerang antarabangsa Perancis itu untuk mengumumkan keputusan beliau selepas berbincang selama beberapa bulan mengenai tawaran untuk ke Nou Camp.

Bercakap dalam satu majlis perlantikan Eric Abidal sebagai Pengarah Sukan Barcelona yang baharu, Naib Presiden Barcelona, Jordi Mestre dipetik sebagai berkata:

Samuel Umtiti and Gerard Piqué during F.C. Barcelona training session, before FC Barcelona v Betis, in Barcelona, on August 19, 2016. (Photo by Miquel Llop/NurPhoto via Getty Images)

“Sebagai sebuah kelab, kami menghormati keputusan oleh Griezmann yang memilih untuk kekal bersama Atletico seperti mana kami menghormati hak semua pemain untuk menentukan masa depan masing-masing.”

“Namun kami bersimpati dengan penyokong yang kecewa dengan cara keputusan itu diumumkan.”

“Presiden [Josep Maria] Bartomeu akan berjumpa dengan Pique untuk menerangkan penglibatan pemain itu adalah sesuatu berbentuk provokasi mengejutkan, dan menyebabkan penyokong kelab berasa tidak senang.”

“Sudah tentu pihak kelab juga akan bercakap dengan Pique dan juga Umtiti dalam siasatan dalaman selepas Piala Dunia mengenai perkara ini, namun tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya selepas ini.”

(Photo by Aitor Alcalde Colomer/Getty Images)

Mestre enggan menjawab soalan tambahan selepas itu terutama mengenai siapa yang diarahkan untuk meyakinkan Griezmann untuk ke Nou Camp.

Musim lalu senario hampir sama terjadi apabila pengurusan tertinggi Barcelona menjadi pihak terakhir yang mengetahui niat Neymar yang mahu meninggalkan Barcelona untuk menyertai Paris Saint-Germain.

Salah satu sebab Abidal dilantik sebagai Pengarah Sukan gergasi Catalan itu ialah untuk merapatkan jurang komunikasi di antara pemain dan pengurusan tertinggi Barcelona.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN