Defensive Forward: Peranan Penyerang Yang Semakin Penting Dalam Bola Sepak Moden

Di posisi penyerang, terdapat beberapa cabang ataupun peranan untuk seorang penyerang.

Kita biasa dengar dengan peranan poacher ataupun target man. Tetapi, adakah anda biasa dengar dengan peranan penyerang iaitu defensive forward?

Dalam artikel ini, kami akan terangkan secara ringkas dan padat mengenai peranan defensive forward ini.

Apa itu defensive forward?

Dalam bola sepak moden, tugas penyerang bukan sahaja tertumpu kepada serangan dan menjaringkan gol. Bahkan, penyerang juga mempunyai tugas untuk menjadi pemain pertahanan di kotak penalti pihak lawan.

Itulah yang dimaksudkan dengan tugas sebagai defensive forward. Penyerang yang mempunyai peranan sebagai defensive forward ini tugasnya bukanlah tertumpu untuk menjaringkan gol.

Sebaliknya, tugas defensive forward adalah memberikan pelindungan kepada rakan penyerang mereka yang ditugaskan untuk menyerang secara terang-terangan.

Bagaimana mana caranya? Caranya adalah defensive forward akan sentiasa memberikan tekanan kepada barisan pertahanan lawan agar mereka tidak mempunyai masa yang banyak untuk menguasai bola.

Hal ini kerana, defensive forward akan sentiasa memberikan tekanan kepada bahagian pertahanan pihak lawan tidak kira ketika barisan pertahanan sedang memiliki bola ataupun tidak.

Ketika pihak lawan menguasai bola, defensive forward akan bermain secara tekanan tinggi untuk mendapatkan bola secepat mungkin dari pihak lawan atau memaksa pemain lawan melakukan hantaran jauh ke kawasan pasukan defensive forward supaya mereka kembali menguasai bola.

Seorang defensive forward akan memberikan tekanan tinggi kepada pertahanan pasukan lawan.

Selain daripada itu, defensive forward berperanan sebagai pemain yang akan mengejar bola muntah yang datang dari kotak penalti lawan.

Secara kesimpulan mudah, defensive forward akan memastikan pihak lawan tidak memegang bola dalam masa yang lama. Dan dalam erti kata lain, defensive forward adalah lapisan pertama pertahanan bagi sesebuah pasukan.

Bila defensive forward akan menyerang?

Jangan tersalah tafsir, defensive forward bagaimana pun akan menyumbang kepada serangan sesebuah pasukan. Cuma ia dilakukan dalam kadar minima berbanding dengan penyerang yang diletakkan sebagai poacher misalnya.

Ketika menyerang atau memegang bola, defensive forward akan menarik pihak lawan untuk keluar dari zon mereka.

Apabila pertahanan telah menfokuskan kepada defensive forward, rakan sepasukan yang lain akan membuka ruang untuk menyerang.

Dari situasi ini, defensive forward yang memegang bola itu akan menghantar bola ke arah rakan mereka yang tidak dikawal oleh pihak lawan.

Ketika menyerang, defensive forward hanya perlu bermain dengan permainan yang lebih mudah dan tidak perlu melakukan hantaran-hantaran fancy kepada rakan sepasukan.

Jika seorang defensive forward itu diarahkan untuk menfokuskan untuk bertahan, beliau akan turun sedikit ke bawah di bahagian tengah untuk memberikan lebih tekanan kepada pemain tengah bertahan pasukan lawan.

Namun begitu, jika defensive forward diarahkan untuk menyokong bahagian serangan. Beliau akan memberikan tekanan menerusi kewujudan dirinya dihadapan barisan pertahanan pihak lawan.

Dalam erti kata lain, beliau akan memberikan tekanan kepada pertahanan tengah pasukan lawan.

Siapa yang sesuai untuk bermain defensive forward?

Untuk bermain sebagai defensive forward, seseorang pemain itu perlulah mempunyai fizikal yang kuat serta stamina yang tinggi.

Fizikal yang kuat bertujuan untuk membolehkan defensive forward tersebut boleh memberikan cabaran fizikal kepada pemain pertahanan lawan.

Jika beliau diletakkan dalam tugasan menyokong barisan serangan pasukan, defensive forward perlu mempunyai fizikal yang kuat untuk bertarung dengan pertahanan tengah yang lazimnya mempunyai susuk tubuh yang kuat.

Seorang defensive forward yang baik perlu mempunyai stamina yang tinggi. Hal ini kerana, beliau perlu berlari untuk ke merata tempat untuk mengejar semula bola yang hilang ataupun bola yang berada dalam penguasaan pihak lawan.

Contoh defensive forward yang baik adalah Dirk Kuyt, beliau dikenali sebagai Mr Duracell kerana beliau mempunyai stamina yang cukup tinggi serta susuk fizikal yang baik untuk seorang penyerang.

Kuyt boleh bermain dalam 2 peranan yang hampir serupa ketika menyerang. Jika beliau diletakkan di bahagian sayap, Kuyt boleh beraksi sebagai defensive winger.

Namun apabila beliau diletakkan dibahagian tengah atau center. Kuyt boleh berkasi sebagai defensive forward.

Dirk Kuyt adalah contoh defensive forward yang baik.

Keperluan untuk mempunyai susuk fizikal yang baik untuk seorang defensive forward dan target man adalah berbeza.

Hal ini kerana defensive forward memerlukan pemain yang berfizikal kuat, manakala target man memerlukan pemain tersebut mempunyai fizikal yang kuat serta tinggi.

Baca juga: Apa Itu Defensive Winger Dalam Taktikal Bola Sepak?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN